Wednesday 24 October 2012

STATISTIK SEHINGGA 9 ZULHIJJAH

Terima kasih kepada peminat blog http://ibrahimbasikal.blogspot.com . InsyaAllah saya akan memperincikan lagi data setiap laluan yang terdapat di sekitar Genting Peras, Tekala, Donglai, Titi, Chenna, Kuala Klawang, lenggeng dan Broga . Dengan perincian setiap laluan ini memberi peluang dan persediaan kepada peminat sukan basikal mendapat maklumat awal tentang laluan ini.

Saya amat terharu apabila menerima "facebook messages" bertanyakan maklumat pelbagai data berkaitan Genting Peras, Tekala, Donglai, Titi, Chenna, Kuala Klawang, lenggeng dan Broga. Untuk maklumat lanjut juga peminat sukan basikal boleh mendapat data laluan melalui data kayuhan garmin edge 800 saya di http://www.strava.com (nick Ibrahim Ishak).

Untuk makluman, saya bukan hebat dalam sukan basikal tetapi yang nyata saya amat berminat dengan semua sukan terutama sukan basikal.

Bersama ini dilampirkan catatan "pageviews" blog http://ibrahimbasikal.blogspot.com untuk tatapan semua. Bagi peminat luar negara, terima kasih kerana anda menggunakan "google translater" untuk menterjemahkan maklumat dari blog ini. Teruskan berhubung dengan saya di email:  ibrahim.3g@gmail.com ....


Monday 22 October 2012

GIANT TCR3 VS COLNAGO EPS DI BUKIT ANTU

20/11/2012 - Bukit Antu terkenal dengan ukuran ketinggian pada bacaan gradian 9.7. Ramai yang hanya mampu mendaki pada kelajuan 4 - 5km sejam dan tidak kurang juga yang menolak basikal untuk sampai ke puncak dan juga tidak kurang yang mengadu sakit pinggang untuk menamat pendakian Bukit Antu ini.

Pendakian Bukit Antu berukuran jarak 2.5 km sahaja. Kedua-dua belah Bukit Antu ini memiliki gradian pendakian pada kiraan 9.7 untuk sampai ke puncak.

Kebiasaannya pengayuh mampu membuat purata kelajuan 23.6km menggunakan laluan berjarak 32km dari Batu 14 - bt.18 - Simpang Peras - Bukit Antu - Bt. 14 dan purata ini akan semakin berkurang sekiranya melalui Tekala kerana bukit Tekala juga tidak kurang hebat tingginya walaupun hanya pada jarak 1 km sahaja.

Berbalik kepada cerita Giant TCR3 Vs Colnago EPS...

Giant TCR3 walaupun dikilangkan di Korea tetapi ternyata memiliki "frame"  yang geometrinya amat sesuai untuk aktiviti mendaki, tanah rata dan kayuhan jarak jauh. Mendaki Bukit Antu dengan Giant TCR3 memang tidak memenatkan dan prestasi menjadi lebih baik.

Colnago EPS mempunyai "saddle/seat tube" yang menegak menjadikan kayuhan mendaki dengan "power transfer" seolah-seolah kita membuat kayuhan secara berdiri dan amat sesuai dipadankan dengan "low profile wheelset".

Lihat kehijauan pada gambar yang kami rakamkan untuk paparan peminat blog  "Jelajah Genting Peras bersama keluarga Ibrahim"




 Colnago EPS

Giant TCR3 

Puncak Bukit Antu

SENAMAN MEMBINA KESIHATAN DIRI

Stamina, kekuatan otot dan kesihatan diri akan bertambah baik dari masa ke semasa apabila kita berusaha membuat latihan demi latihan.

Carta latihan dibawah menunjukkan perubahan prestasi apabila kita terus berusaha dalam latihan secara berdisiplin. Untuk membina disiplin, kita harus menghormati keputusan yang telah kita jadualkan untuk rutin latihan kita. Perancangan latihan tanpa disiplin pemakanan, rehat yang cukup dan berfikiran positif akan menjadi sia-sia.

15 oktober 2012 - larian berbukit bukit sejauh 3.68km, mengambil masa 28:51 saat, tetapi pada 22 Oktober 2012 - larian di kawasan berbukit bukit yang sama pada masa 32:41 minit berjaya menamatkan larian sejauh 4.04km. Ini memaklumkan bahawa badan manusia akan menjadi lebih baik dari segi stamina, otot, kesihatan dan jati diri sekiranya melalui latihan rutin secara berdisplin.



Pemilihan kawan dan bermasyarakat juga membantu membina diri menjadi insan yang berdisplin dan memiliki kesihatan yang positif. Jauhilah pengaruh akohol/arak, merokok dan persekitaran yang kurang sihat. Sekiranya anda mempunyai rakan bertabiat buruk jauhilah mereka sekiranya anda tidak mampu untuk mengubah mereka.

Sunday 21 October 2012

BUKIT TINJAU - TEKALA - BUKIT TINJAU : 63.1KM

21-10-2012 - Membuat kayuhan Bukit Tinjau - Tekala - Bukit Tinjau sejauh 63.1km, purata kelajuan  pada 25.6km dan  pembakaran kalori sebanyak 1219 cal. Laluan  ini berbukit bukit dan amat sesuai untuk latihan.

Jumlah ketinggian pendakian ialah 487 meter dan jumlah menurun ketinggian ialah 488 meter.

Fikizal route kayuhan
Data kayuhan

Dalam perjalanan pulang singgah bersarapan mee goreng mamak dan Ais Batu Kacang...


Gaul... (senyum)


 Pemandangan sungai

 Masjid Kariah Kampung Jawa, Hulu Langat

 Pemandangan bahagian dalam Masjid Kariah Kampung Jawa



Sunday 7 October 2012

BUKIT TINJAU - GENTING PERAS - TEKALA - BUKIT ANTU - Bt.14 - BUKIT TINJAU

7 Oktober 2012 - Membuat kayuhan bersama rakan dari Bukit Tinjau - Bt.14 - Bt. 18 - Genting Peras - Tekala - Bukit Antu - Bt.14 - Bukit Tinjau sejauh 68km. Kawasan laluan ini berbukit bukau dengan sebahagian  bukit dikawasan ini mencecah pendakian 9.8 gradian. Sebahagian rakan kayuh tidak mampu untuk mendaki Genting Peras akibat kehabisan tenaga semasa memecut 42km sejam dari batu 14 menghala ke batu 18 yang mana laluan ini adalah kawasan fizikal muka bumi mendaki yang landai.

Laluan kayuhan kami
 

Kayuhan dari simpang batu 18 menghala ke simpang Genting Peras, kami membuat kayuhan minima 32km sejam. Kawasan ini menjanjikan fizikal pendakian yang landai sejauh 10km sehaja. Kami berjaya memotong kumpulan pertama yang 10 minit mendahului kami dari pekan batu 14.

Graf bentuk fizikal laluan mendaki yang kami hadapi

Semasa menghala ke Tekala, basikal Amiruddin patah FD dan tidak dapat dibaiki lagi dan beliau terpaksa mengayuh dengan chairing kecil sahaja menghala ke Pusat Rekreasi Sungai Tekala. Namun begitu beliau berjaya mendahului rakan-rakan yang lain semasa mendaki Bukit Antu yang gradiannya mencecah 9.8.
 
 Sebahagian rakan-rakan kayuh bergambar di Simpang Genting Peras
 

 Bianchi Oltre - Frame memang berbaloi untuk dimiliki
 
 Bergambar di puncak Genting Peras
 
Basikal TCR3 Super Light Amiruddin patah FD