Wednesday 30 November 2011

SUNGAI TEKALA

Sungai Tekala merupakan salah satu destinasi pelancongan di daerah Hulu Langat, Selangor dan juga merupakan kawasan latihan yang cukup sesuai untuk pengayuh basikal dengan laluan berbukit yang mencabar minda. Jaraknya dari Semenyih ialah 16 kilometer dan 23 km dari bandar Kajang. Dari Kuala Lumpur 48 km atau 45 minit dengan berkereta dan dari Batu 18 sejauh 22km. Kedudukannya sangat strategik di pinggir jalan raya ke Hulu Langat dan ke Kuala Klawang di Negeri Sembilan.

Kayuhan bermula dari puncak Bukit Peras pada anggaran jarak 24km ke Sungai Tekala melalui cabaran jalan berbukit bukit.

Kayuhan bermula dari puncak Bukit Peras

 Pendakian pertama laluan licin dan berair



Laluan pulang ke Bt. 18 melalui Empangan Semenyih, Kg Donglai, Kg. Ulu Lui, Kg. Gabai, Kg. Pagoh, Kg Masjid  Kg. Tanjung dan Kg. Jawa :








 Bukit empangan Semenyih adalah kawasan pendakian yang mencabar

















Tuesday 29 November 2011

WAJAH SI KECIL

Si kecil ini bernama Mohammad Fadzli Shah bin Ibrahim dan berusia 5 tahun. Bangun awal pagi, mandi dan sarapan untuk memberi semangat kepada abangnya iaitu Mohammad Redzwan Shah dan Mohammad Amiruddin Shah. Mohammad Fadzli Shah juga aktif dalam aktiviti luar rumah dan telah berjaya menawan Bukit Broga dan Gunung Tok Wan di Semenyih, Selangor pada usia awal 5 tahun. Semasa berada dipuncak Bukit Broga beliau mendapat perhatian kakak mahasiswa yang kebetulan melakukan aktiviti pendakian pada ketika itu. Kenyang beliau makan nasi lemak bersama kakak mahasiswa tersebut. Maklumlah budak comel memangla mendapat perhatian.

Mohammad Fadzli Shah

Susah nak masuk line sebab pengayuh semua orang dewasa

Penat agaknya tu...

En. Naza sedang demo sesuatu...
Bila la aku nak cepat besar untuk turut dalam kayuhan basikal....

Bila besar dapat kereta macam ni pun ok....


KAYUHAN 27 NOVEMBER 2011

Kayuhan mendaki Bukit Peras dilakukan sebanyak dua kali. Kayuhan hari Sabtu agak memenatkan namun apabila berjumpa  kawan dengan nama jolokan King Marol semangat pulih semula dan mengambil keputusan untuk mengikuti kayuhan beliau ke Sungai Tekala sejauh 12km berbukit - bukit pergi dan balik. Akhirnya dapat menyempurnakan kayuhan hari Sabtu sejauh 73km - laluan berbukit-bukit.

Saya agak ketinggalan dibelakang kumpulan ini kerana membantu sebagai leader kayuhan kepada peserta MTB Langat Challenge yang begitu kepenatan. Secara kebetulan semasa sampai di simpang Sungai Gabai, saya memecut mendaki bukit landai pada kelajuan 37km sejam dan tiba-tiba terdengar panggilan "bang...tolong kayuh 30km sejam je...sebab mountain bike kami boleh 30 je...kami penat dan nak tumpang di belakang abang"...

Saya pun mengayuh sekitar 30km sejam dan sekali sekala menyakat peserta MTB Langat Challenge dengan mengayuh pada kelajuan 37km sejam. Hihihi...memang mereka ketinggalan...kesian...kemudian saya memperlahan kelajuan pada 30km sejam sehingga ke jambatan batu 18, Hulu Langat, Selangor.

Kepada perserta tersebut sekira membaca blog ini, maka saya  adalah leader (jurufoto dan penulis blog ini) kamu pada ketika itu. Hubungi saya di:  ibrahim.3g@gmail.com untuk memanjang silaturahim.


 (dari kiri) King Marol, Redzuan Ahmad dan Naza berehat dipuncak Bukit Peras

 Menyertai King Marol, Redzuan Ahmad dan Naza selepas kayuhan kali kedua mendaki Bukit Peras

 Kayuhan hingga ke Sempadan UMNO Bahagian Jelebu, Negeri Sembilan

Wajah jurufoto merangkap penulis  tiada dalam gambar

 Bergambar beramai-ramai - Sempadan Selangor/Negeri Sembilan

Hanya basikal jurufoto berada dalam gambar
Dari kiri - Redzuan Ahmad, Kong Marol, Redzwan Shah, Amiruddin Shah, Naza dan basikal Ibrahim....

Monday 28 November 2011

MENAWAN BUKIT PERAS

Bukit Peras merupakan merupakan kawasan tadahan hujan yang luas. Terdapat sebuah empangan telah dibina khusus untuk bekalan air bersih di daerah Hulu Langat. Empangan Semenyih ini menampung keperluan penduduk Lembah Kelang khususnya Kuala Lumpur, Shah Alam, Putrajaya, Petaling Jaya, Sepang, Kuala Langat dan lain-lain.

Kawasan ini juga merupakan kawasan latihan pengayuh basikal lumba secara kumpulan, individu juga Majlis Sukan Negara. Bukit Peras menjanjikan satu kayuhan perit mendaki sejauh 10 km.


Permulaan mendaki - Simpang 3 - Bukit Peras - 10km

Bukit di permulaan mendaki

Alah bisa tegal biasa - Merah itu garang
Kayuh berdiri - Orang kuat dalam kumpulan
Pengayuh termuda dalam kumpulan - Amiruddin Shah
Orang kuat memecut dihadapan

Mengekori..

Kejar mengejar...


Merapatkan jurang...

Masih mendaki...

Memecut ke garisan penamat...

Meninggalkan kawan dan lawan dibelakang..

 Tetap anggun...

Tetap berstamina...


Masih jauh...nampak kecil je...

Dah dekat sikit...

Bergaya...

Anggun...

 Pengayuh kedua termuda...

Mendaki...

 Masih mendaki...

Sikit lagi sampai...

-AKSI BERTENAGA-







-Yyessss -



- Wajah Keceriaan -




Senyuman adalah "Sedekah"....

- MELEPASKAN LELAH -

 Ada benda yang dibincangkan...

International discussion....

Mr. Scott from Canada...

-TAMAT-