Tuesday 31 January 2012

MAKLUMAT BROGA LOOP

Anggaran jarak lingkaran Broga dari Tekala - Genting Peres - Kuala Klawang - Lenggeng - Tekala adalah pada jarak 120km. Kepada penggemar sukan basikal, Broga loop sinonim dengan pendakian Bukit Tekala, Genting Peres, Bukit Tangga, Bukit Mandom I, Mandom II dan bukit Lenggeng yang amat bukit menyeksakan. Kebanyakan fizikal bukit di laluan mempunyai kecerunan adalah sekitar 7 peratus.

Samada anda melakukan laluan Broga Jantan (Tekala - Lenggeng - Bukit Tangga - Gunung Antu - Genting Peres - Tekala) atau Broga Pondan (Tekala - Genting Peres - Kuala Klawang - Lenggeng - Tekala), kedua-duanya menjanji azab mendaki yang menyeksakan.

Saya telah melakukan tiga (3) kali kayuhan menawan Broga dan menasihatkan penggemar sukan basikal membuat latihan mendaki yang mengcukupi. Anda di sarankan membuat latihan pendakian di Bukit Antu (bukan Gunung Antu) melalui laluan Batu 14 (Balai Polis Bt.14) menuruni ke Tekala - patah balik ke Genting Peras dan menuruni Gunung Antu yang mempunyai 3 buah bukit untuk di daki pada jarak 13 km. Latihan secara berkala menjanjikan keselesaan dan kelegaan untuk menawan Broga Loop. Kalau tidak anda akan sengsara walaupun anda menolak basikal anda di Bukit Tekala, Genting Peres, Bukit Tangga, Bukit Mandom I, Mandom II dan bukit Lenggeng. Anda juga dinasihatkan membuat kayuhan Broga Loop secara berkumpulan minima 2 orang.

Mendaki Bukit Mandom

 Mendaki ke puncak Bukit Tangga

 Permulaan mendaki

 Bersaing dengan lori di Bukit Tangga

Puncak Bukit Tangga

 Lakaran laluan Broga Loop I

 Lakaran laluan Broga Loop II

Lakaran laluan Broga Loop III

Sunday 29 January 2012

BROGA LOOP 29 JANUARI 2012

29/1/2012- Membuat kayuhan Broga Loop bersama geng GSM dan dua org wakil kelab basikal Negeri Sembilan. Bermula pada pukul 10.30 am dan selesai pada pukul 2.30 pm di Universiti Notingham tetapi kami bermula dari Bt 14. Cuaca agak nyaman tapi masih terasa bahang panas matahari di bukit tangga.

Mendaki Puncak  Genting Peras

 Suasana di Puncak Peras

 Ramai..
 Jumpa rakan-rakan lama...
 Banyak yang nak di ceritakan...

 Bersarapan di kampung Poum
 Mendaki bukit tangga
 Bukit tanga
 Bergambar beramai-ramai di sempadan Jelebu

Mendaki bukit mondo kadang-kadang kena berdiri
 Laluan menghala ke Universiti Nothingham



 Tamat di Universiti Nothingham
 Tengah (abg Din) wakil kelab basikal Negeri Sembilan
 Minum dan makan pisang
Encik Ismail Putera dengan basikal Corratec miliknya...
Perbincangan

Friday 27 January 2012

RAKAN KAYUH BARU

28/1/2012- Membuat kayuhan laju Bt 14- Bukit Antu- Donglai- Simpang Peras- Tekala- Bt 18- Bt 14, sejauh 62 km pada kelajuan 35 km/j ke atas sebagai persediaan untuk menawan Broga loop pada 29/1/2012. Dalam perjalanan kami berpeluang bertemu dengan rakan kayuh baru, sempat berbual dan memberi motivasi kepada remaja yg terlibat untuk menceburi bidang sukan basikal secara serius. Dalam perjalanan mendaki bukit Donglai kami terserempak dengan pemilik basikal WILIER berwarna hitam yg menolak ketika mendaki bukit.



 En.Nazim, Rezanull Osman & rakan-rakannya
 Rakan kayuh baru

 Maximum Speed
Distance Travelled

Thursday 26 January 2012

HUTAN REKREASI SUNGAI TEKALA

Keluasannya lebih dua setengah ekar,  air terjun ini begitu jernih dengan alam persekitaran begitu damai dan juga merupakan kawasan tapak semaian Jabatan Hutan Negeri Selangor hanya 16 kilometer dari Semenyih, 23 km dari Kajang dan 48 km dari Kuala Lumpur.

Terdapat kemudahan surau, gerai menjual makanan dan minuman, bilik persalinan, tempat berteduh dan tong sampah disamping dapat melihat pelbagai jenis pokok semaian seperti:
  1. Meranti
  2. Meranti sengkuang merah ( shorea sengkuang )
  3. Meranti tembaga ( shorea leprosula )
  4. Penarahan ( myristieaceae )
  5. Keruing mempelas ( diptrocarpus crinitus )
  6. semaian pokok petai
  7. Durian
  8. Jering.

 Bayaran masuk

 Pintu utama
 Air Jernih
 Nyaman
 Pasir yang bersih
 Lihat pasirnya...
 Sesuai untuk kanak - kanak
 Best...
 Jernih, bersih dan cantik....kan...kan...kan
 Pondok tempat berteduh...
heheh....makanan...
 Info Trek Hutan Sungai Tekala
Air terjun

Wednesday 25 January 2012

MENDAKI GUNUNG TOK WAN

Sebenarnya selepas puncak Bukit Broga terletak gunung Tok Wan sejauh 3.1 km. Untuk sampai ke puncak Gunung Tok Wan pendaki perlu melalui 5 buah bukit, bukit pertama agak denai landai sahaja, bukit kedua dan ketiga agak mendaki dan bukit ke empat dan kelima pendakian agak curam sekitar 47 darjah.


Laluan ke empat dan kelima merupakan laluan air yang berbatu batan yang telah kering. Semasa kami mendaki terdapat ramai kumpulan remaja berpatah balik kerana kekurangan daya tahan untuk mendaki. Terfikir dihati kualiti daya tahan diri remaja sekarang berbanding dengan Mohammad Fazdli yang berusia 5 tahun mempunyai jati diri yang tinggi dan dapat menawan puncak Bukit Broga dan Gunung Tok Wan. 

Permulaan tapak pendakian - 3.1km

Gunung Tok Wan 675 MTR dari Paras Laut...

Denai..

 Pokok gergasi
 Puncak Gunung Tok Wan
 Penghuni Gunung Tok Wan
Kanopi semulajadi