Wednesday 25 January 2012

MENDAKI BUKIT BROGA

Bukit Broga terletak di Daerah Semenyih, Selangor mempunyai empat puncak dengan ketinggian keseluruhannya ialah 400m (1,312 kaki) dari paras laut atau bersamaan ketinggian KLCC.  Treknya agak berdebu ketika kering dan sangat licin ketika basah.   Namun, laluan ke puncak Bukit Broga tidak terlalu mencabar dan sesuai untuk semua peringkat usia. Koordinat GPS ialah : N2 56.345 E101 54.088.

Dulu sekitar kawasan bukit  ini adalah ladang-ladang getah terpencil dan kini  merupakan sebuah perkampungan yang telah berusia 150 tahun. Tokong Sak Dato yang terletak di sini telah pun berusia 140 tahun. Penduduk Broga di monopoli oleh kaum Hakka. Kawasan Broga dahulunya terletak dalam jajahan Negeri Sembilan dan kemudian berpindah kepada pentadbiran Negeri Selangor melalui perjanjian semasa campurtangan British sekitar tahun 1880 dan sebagai timbalbalasnya kerajaan Selangor memberi Lukut kepada Kerajaan Negeri Sembilan.

Perkampungan ini berkembang pesat semasa aktiviti perlombangan bijih timah sekitar tahun 1902. Pada awal abad ke 20, kepesatan sektor getah juga membantu pembangunan kawasan Broga. Perkembangan Broga menjadi mundur bermula tahun 1941 semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu dan berlaku pembunuhan beramai-ramai pada ketika itu.

Pada 1950 kampung baru diperkenalkan oleh British di Broga dengan menempatkan semula seramai 993 orang penduduk di penempatan tersebut.

Pada hari ini, Broga lebih merupakan kepada kampung tradisi dengan dihuni oleh 400 keluarga dan bergantung ekonomi  kepada aktiviti getah dan kelapa sawit.

 Di puncak Bukit Broga
 400 meter atas aras laut
Bendera Malaysia
Teropong jarak jauh
Ramai lagi senang mendaki ke puncak
Hanyalah rumput di puncak Broga

No comments:

Post a Comment