Tuesday 24 January 2012

BUKIT SEKILO & TEKALA

Ada pengayuh menamakan bukit ini dengan panggilan Bukit Sekilo dan ada juga yang memanggilnya dengan nama jolokan Bukit Tekala. Apa pun panggilan, bukit ini memang mempunyai kecerunan yang agak tinggi. Semasa menuruni bukit ini kelajuan maksima tanpa kayuhan mencecah 70km/j. Pada pandangan saya bukit ini amat sesuai dijadikan sebagai laluan latihan kepada penggemar sukan basikal. Sebenarnya, nama resmi bukit ini ialah Bukit Empangan Skim Sungai Semenyih. Semasa mendaki ramai yang mengeluh "ughhh....tak habis-habis lagi ke bukit ni"....aaahhhhh.... Ada yang datang mendaki untuk kali pertama dan terakhir sebab tiada stamina, kesungguhan diri, jati diri dan ketahanan mental yang tinggi. Namun bagi kami penggemar sukan basikal bukit ini merupakan satu anugerah alam yang tidak terhingga nikmatnya. Jom cuba dan pada sesiapa yang tidak tahu lokasi bukit ini sila email saya untuk bantuan di ibrahim.3g@gmail.com

 Nama resminya...
 Mendaki bersama Naza, King, Syaful, Redzwan dan Amiruddin....
 Bukit pertama...Pintu Empangan I..
 Makin curam...
 Perlu ada stamina...
Perlu ada kesungguhan dan ketahanan mental...

No comments:

Post a Comment