Sunday 31 July 2011

KAYUHAN SEMENYIH

Pada awal ambang Ramadan 31 Julai 2011, kami membuat kayuhan 104km dari batu 14 melalui Batu 18, Kampung Jawa ke Semenyih. Percubaan kayuhan pada 30 Julai 2011 gagal disebabkan hujan renyai-renyai sehingga ke tengahari. Kayuhan pada 30hb Julai terpaksa dibatalkan walaupun kami telah sampai di persimpangan Semenyih di Genting Peras. Pada hari tersebut juga, aku dua kali terjatuh dari basikal akibat gagal menanggalkan "CLEAT" kasut yang tersekat pada pedal. Aduhh...sakitnya bukan kepalang. Bertambah sakit di hati bila melihat "seat" basikal Xmission aku terkoyak teruk.

Selain "seat" koyak, baju pun koyak, kasut Time RXI calar-calar, pedal shimano 105 calar, pembalut handlebar terkoyak dan meter CATEYE Strada rosak. Memang cukup tersiksa rupanya bila jatuh basikal dengan kaki masih terlekat pada pedal basikal.

Kayuhan pada 31 Julai 2011 dimulakan dengan kayuhan memanaskan badan di batu 14 Hulu Langat sejauh 5 km.

Aktiviti memanaskan badan

Kayuhan 20km pertama mengambil masa dalam 30 minit ke destinasi simpang Genting Peras dan Semenyih.


Mendaki di simpang Genting Peras - Semenyih

Di simpang Peras kami terserempak dengan seorang pengayuh yang tercicir dari kumpulannya akibat pemegang RD Derailleurs patah semasa kayuhan mendaki Genting Peras.


Basikal jenama BH yang patah pemegang RD Derailleurs

 Terpancar  kekecewaan di wajahnya

Selepas bersembang dan membantu rakan tersebut , perjalanan kami tergendala 15 minit kerana terpaksa menukar tiub basikal GIANT TCR3 Compact Road  milik Angah yang tiba-tiba bocor.

Tergendala 15 minit

Perjalanan diteruskan menghala ke Semenyih, walaupun terdapat ajakan dari rakan-rakan kayuhan yang lain agar kami mengikut mereka mendaki Genting Peras.
Memanaskan badan semula sebelum mendaki ke Semenyih

Meneruskan kayuhan 6 km lagi ke Sungai Tekala

Dalam perjalanan  ke Sungai Tekala terdapat sampah sarap yang majoritinya adalah kulit durian dibuang semberono di laluan kiri dan kanan jalan tersebut.

Sampah sarap bersepah di atas jalan


 Menuruni bukit di kawasan penempatan orang asli empangan Semenyih
(Kelajuan menuruni bukit ini tanpa kayuhan sekitar 65km/j)


 Mendaki bukit berdekatan rumah pam air empangan semenyih


Berhenti makan di kawasan rekreasi Sungai Tekala. Nasib lemak di gerai ini terhad "siapa dulu dia dapat"...



Makan dan minum Horlick - Along dan Angah

Sambil makan sambil membanding-bandingkan jenama kasut Time dan Power...

Kasut Time dan Power

Basikal mahal di jadikan mangsa tempat gantung helmet
 Berkilat dan memancar - mancar

Giant kotor dek hujan

Sifu (orang lama) memberi petua kayuhan teknik bulatan

Geram...buah jambu air lebat dan segar ..tapi orang punya

 Mendaki dalam perjalanan pulang


 Sama kelajuan dengan dakian sebuah proton lesen "P"



Mendaki lagi...

...dan mendaki lagi


...dan dah sampai....LEGA

Thursday 28 July 2011

KELENGKAPAN

Kelengkapan merupakan keperluan asas dalam sukan basikal. Keperluan asas sukan basikal yang aku ceburi adalah seperti berikut:

i.  Basikal

Menggunakan basikal jenama Merida HFS 904 road race bike. Size 48 S. 20 speed, Group Set Shimano 105. Prestasi basikal jenama ini cukup baik dan mantap. CATEYE Strada tachometer digunakan untuk mengukur kelajuan.Spesifikasi adalah seperti berikut:



Description:


Frame
Road Race HFS-Single
Forks
Carbon Road
Rear Derailleur
Shimano 105 SS
Front Derailleur
Shimano 105 Double
Shifters
Shimano 105 2- / 10- Dual
Chainset
Shimano R600 50-34
Bottom Bracket
attached
Chain
Shimano CN-5600
Freewheel
Shimano CS-5600 11-25
Headset
FSA BB410 Neck
Stem
FSA OS-190 -6 deg
Handlebars
FSA Gossamer 31.8
Front Brake
Shimano 105
Rear Brake
Shimano 105
Brake Levers
Shimano 105
Rims
Alex Race24 with CNC side walls
Front Hub
Shimano 105
Rear Hub
Shimano 105
Tyres
Vittoria Rubino 23 60 Kevlar
Saddle
X-Mission
Seatpost
FSA SL280 SB25 31.6


ii.  Kasut

Menggunakan kasut jenama TIME RXI dengan spesifikasi seperti berikut:



Description :
Technologies:
• FeatherLight: Ultra-light shoe thanks to the use of carbon sole and high-tech materials.
• Carbon Sole : 7mm and 65 grams.
• Carbon sole: With Vibraser system.
• Bioposition (shoe) : Extreme low-profile design of sole.
• 100% Compatible : compatible with all pedals systems.
• Ventilated Mesh
• Thermoformed : Thermoformed removable insole : The thermo moldable membrane integrated into TIME shoes allows the shoes to adapt to the feet of each rider, thus maximizing comfort and improving energy transmission.

Features:
• Polyamide sole, with carbon
• Insert in the cleat-mounting
• Area for increased rigidity
• 100% compatible with
• All road pedal systems
• Thermoformed removable insole
• Synthetic upper with
• Ventilated mesh
• Maximized surface area of mesh
• For optimum ventilation
• Front side vents
• Closure consists of 1 strap with
• Adjustable buckle and
• 2 Velcro® straps in non-stretch
• Fibers to hold foot securely
• Padded inner tongue provides
• Comfort and protects foot
• Weight (size 39) : 690 grams


iii.  Pedal Cleats 

Menggunakan Pedal Cleats Shimano 105 - 5610 dengan spesifikasi seperti berikut:



Description


  • Redesigned (from 5600 model) with a wider, more stable platform without affecting cornering clearance




  • Wide placement bearing system and stainless steel body cover / cleat glide-plate




  • Single-sided binding engagement with adjustable cleat tension




  • Low profile, sole axle distance: 14.5mm




  • iii. Saddle Beg

    Menggunakan Saddle Beg jenama TOPEAK jenis kecil untuk mengisi keperluan seperti satu tiub, pengcungkil tayar, power bar dan kunci.