Thursday 21 July 2011

SUKAN BASIKAL

Berkecimpung dalam aktiviti kayuhan basikal sejak dibangku sekolah menengah. Rutinnya, setiap hari  aku membuat kayuhan sejauh 30 km pergi dan 30 km balik. Bertolak ke sekolah pada  jam 5.30 pagi. Anggaran kayuhan adalah sekitar 25 ke 30 km perjam.

Kayuhan mencapai kelajuan sedemikian  kerana kerisauan melalui kawasan hutan kebun getah di sepanjang perjalanan dan terpaksa menempuh tiga kawasan perkuburan disamping mengejar waktu persekolahan bermula jam 7.30 pagi.

Terdapat ramai pelajar menggunakan basikal tetapi rumah mereka hanyalah dipersekitaran sekolah berbanding aku.

Jalanraya daerah Mukim Siong

Setiap hari aku mengayuh melalui kawasan peristiwa Memali. Satu kilometer selepas kawasan Memali aku terpaksa melepasi kawasan perkuburan Islam yang terletak di sepanjang laluan tersebut. Bayangkan mengayuh basikal berseorangan di awal subuh di kawasan perkuburan yang memang tiada lampu jalan dan dipenuhi semak samun.
 Kawasan peristiwa Memali.


Melalui kampung Bukit Sebelah
 Melalui Depan Sekolah Rendah Kebangsaan Weng

Lebih kurang begini lah laluan di waktu-waktu subuh ku ke sekolah

 Sebuah rumah di simpang Sik, Bukit Sebelah

Kampung Tanjung Pari - pembinaan lebuhraya Baling - Gulau
Gambar laluan Kampung Tanjung Pari tahun 2010
Pandangan di belakang rumah ku sekarang


Aktiviti kayuhan berlanjutan hingga ke tingkatan 5. Memang memenatkan dan kadangkala terlelap semasa cikgu sedang mengajar di dalam kelas. Sekali sekala terlintas di fikiran ku  kenapa kehidupan ku sedemikian susah dan perlu mengayuh basikal sejauh ini untuk menuntut ilmu sedangkan rakan-rakan ku tidak perlu menanggung kesusahan sedemikian dan hanya menumpukan perhatian kepada pelajaran sahaja.

Sebenarnya hikmah Allah swt itu tersembunyi. Kita kadang kala lupa bahawa kita sentiasa di rahmati oleh Allah swt di bumiNYA ini. Hasil kayuhan selama 5 tahun menuntut ilmu di sekolah membina otot untuk terus aktif walaupun di usia tua yang kadang kala tidak dapat ditandingi oleh remaja yang aktif bersukan. Ramai remaja tumbang dalam kayuhan sejauh 100km berhalang bukit. Ramai yang hanya mampu membuat kayuhan tak sampai 20km berhalangan bukit sebaliknya aku masih mampu malah menjadi satu kegemaran. Itulah hikmatnya yang Allah swt duga di usia muda dan dirahmati pada kesihatan ku di usia tua.

Permandangan di hadapan Sekolah Menengah Siong (gambar ihsan dari internet)











5 comments:

  1. alhamdulilah, ada hikmah di sebalik kesusahan... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...kesusahan lampau menyihatkan di hari tua...bang

      Delete
  2. Memang hebat dan berjiwa kental dari masa bujang hinggalah berkahwin..teruskan semangat itu kepafa anak lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Siti....jom bersukan bersama keluarga

      Delete
  3. Aslmkm wbt..
    Saya berminat utk menceburi hobi berbasikal.blh bg tips utk pembelian jenis basikal yg terbaik utk kegunaan sy

    ReplyDelete