Thursday 21 July 2011

KAYUHAN 100KM

Kayuhan boleh dilakukan di mana sahaja difikirkan sesuai. Segelintir kumpulan membuat kayuhan di sekitar Putrajaya ke Bagan Lalang, ke Seremban, ke Hulu Langat. Sementara segelintir kumpulan membuat kayuhan ke Genting Highland dan ada membuat kayuh di laluan lebuhraya.

Kayuhan berbukit menjadi kegilaan peminat basikal. Walaupun menjerihkan, wujud satu kepuasan dalam diri penggemar sukan basikal yang tidak dapat hendak di gambarkan. 

i.  Genting  Peres (Kuala Klawang - Hulu Langat )

Genting peres pada setinggi 1462 m / 4795 kaki menjadi laluan pengemar sukan basikal. Ketinggian ini agak mencabar kerana keadaan bukit yang landai seolah-oleh tiada penamatnya. Laluan rutin pengemar sukan basikal ialah :

Mula dari Batu 14 Hulu Langat -

Ke puncak Genting Peres dan berpatah ke laluan Sg. Tekala (54km)
Ke puncak Genting Peres dan + Tekala + Bukit Antu (66km)
Ke Kuala Klawang (120km)

 Laluan Simpang Batu 14 menghala Bukit Antu (melalui Balai Polis Batu 14, Hulu Langat)

Air terjun di laluan Bukit Antu, Hulu Langat
Laluan landai Sg. Takala - Genting Peres
Batu tanda KM

Laluan Genting Peres




No comments:

Post a Comment