Tuesday 6 September 2011

KAYUHAN HARI RAYA KE 6 AIDIL FITRI 2011

Kayuhan diteruskan pada hari ke 6 Hari Raya Aidil Fitril  mendaki bukit Pares. Di Tapak permulaan kami berkenalan dengan satu kumpulan basikal dari UKM. Basikal mereka hebat dan orangnya juga hebat-hebat.

Tapak permulaan kayuhan basikal di Bt.18 Hulu Langat, Selangor


Saturday 3 September 2011

KAYUHAN SELEPAS HARI RAYA AIDIL FITRI 2011

Sebulan bercuti sukan basikal sempena ramadan 2011. Rakan-rakan lain ada yang meneruskan aktiviti kayuhan di waktu malam untuk mengekalkan prestasi kayuhan selepas terawih. Namun begitu aku mengambil keputusan untuk meraikan ramadan sepuas-puasnya kerana ramadan yang akan datang di tahun 2012 mungkin tidak sempat untuk ku kerana ajal  manusia di rahsiakan oleh Allah swt.

Kayuhan pertama selepas puasa di lakukan pada hari raya ke 5 hanya mampu sejauh 41.45km sahaja dengan kelajuan purata 32km sejam dan hanya mampu membakar 714 kalori badan sahaja. Kayuhan mendaki bukit peres pada kelajuan 17km sejam sahaja untuk jarak 10km tanpa henti. Namun ramai juga kumpulan pengayuh basikal yang hanya menamatkan kayuhan pada kaki bukit peres sahaja.Ada juga kumpulan yang memaksa diri mendaki bukit peres dan jatuh di kawasan penamat sejauh 10km dari kaki bukitnya akibat kepenatan yang teramat sangat kerana bukit peres merupakan kawasan mendaki yang tinggi dan landai berterusan sejauh 10km.

Dari kaki bukit peres dapat berkenalan dengan pengayuh baru. Dia kelihatan amat kepenatan semasa mendaki hingga ke kaki bukit peres. Sempat bersembang dengannya di kaki bukit peres dan memujuk  beliau mendaki  memandangkan beliau belum pernah sampai ke puncak bukit peres. Dalam menolak akhirnya beliau bersetuju untuk kayuh mendaki bersama. Dalam perjalanan beliau memaklumkan bahawa beliau dari Kelantan dan balik kampung isterinya di batu 10, Hulu Langat, Selangor. Bersama beliau ialah anak keduanya bernama Daniel dan beliau memperkenalkan diri beliau sebagai Bashar.

Dalam jarak 1 km untuk sampai kemuncak bukit peres beliau berhenti seketika menghilang penat. Sebagai meraikan tetamu pengayuh baru aku berhenti bersama beliau dan kemudian meneruskan pendakian selebihnya. Beliau memaklumkan bahawa beliau tidak pernah mengayuh basikal mendaki sedemikian memandang di Kelantan tiada kawasan berbukit. Dilihat beliau gemar mengayuh mendaki gaya berdiri yang secara tidak lansung memaklumkan bahawa beliau juga seorang yang berpengalaman dalam sukan kayuh basikal.


Bergambar bersama keluarga Bashar