Tuesday 16 August 2011

PERALATAN TAMBAHAN YANG ANDA PERLU TAHU

Peralatan tambahan berfungsi sebagai pemudahcara kepada pengayuh untuk menganalisa beberapa keperluan asas dalam sukan basikal. Antara keperluan asasnya ialah  bacaan kelajuan, purata kelajuan, mengira penggunaan kalori dalam badan, jarak kayuhan dan penggunaan tenaga. Contohnya untuk kayuhan jarak 100km akan menunjuk jumlah kalori yang diperlukan oleh fizikal badan pengayuh terlibat. Jumlah yang dikenalpasti ini memudahkan pengayuh untuk membekal dirinya dengan makanan tenaga yang bakal di bawa bersama.

Disebabkan peralatan tambahan ini mempunyai pelbagai fungsi, maka harga pasaran agak mahal untuk dimiliki. Tambahan pula peralatan tambahan ini dibawa masuk dari luar negara seperti Jepun, German, Australia dan lain negara pembekal maka pertukaran wang asing menjadikan agak mahal.

Namun begitu barangan tersebut mempunyai kualiti yang tinggi menjadikan begitu bernilai dengan wang dikeluarkan untuk memilikinya. Antara barangan tersebut ialah:

i.  Meter Berkomputer

CATEYE VELO WIRELESS +

Cateye Velo Wireless + berfungsi sebagai peralatan tambahan yang  berfungsi mengukur kelajuan dan purata kayuhan basikal, mengukur penggunaan kalori dalam badan, mengukur jarak dan kumulatif jarak, mengumpul masa yang diambil untuk jarak tertentu dan penggunaan bahan api kalau menggunakan kenderaan bermotor. Antara keistimewaan yang terdapat pada peralatan ini ialah:

Functions
- Current, average & maximum speed
- Trip distance
- Odometer
- Elapsed time
- Clock
- Calorie consumption
- Carbon offset
 
Features
- Simple 1 tire size with inch setup
- Zip tie mount compatible with FlexTight™ bracket
- Average speed pacer
- Auto start/stop
- Auto power-saving mode
- Sleep mode
 
Specifications
- Fits almost any handlebar or stem: 22-32mm
- Fits almost any fork: 11-55mm
- Battery: CR2032 x 2 (1 each for head unit and sensor)
- Front fork speed sensor
- Transmission distance up to 70cm - 27 inches

ii.  Sarung Tangan

Terdapat sarung tangan dicipta khas untuk sukan basikal. Mempunyai 3 fungsi utama iaitu memanaskan, keselesaan dan perlindungan.Sarung tangan sukan basikal mempunyai gel khas bertujuan untuk memanas tangan dalam cuaca sejuk dan bertindak menyejukkan tangan pada cuaca panas. Menunggang basikal pada jarak jauh dan mengambil masa berjam-jam amat memerlukan sarung tangan sedemikian untuk mengelak jari tangan kejang akibat perubahan-perubahan cuaca.Kekejangan boleh mengundang kemalangan yang tidak di undang.




iii.  Pakaian


Pakaian dari produk tulen bertindak mengekalkan suhu badan kepada  keadaan selesa walaupun dalam keadaan cuaca panas dan berada dalam keadaan kering semasa cuaca basah atau hujan. Pilihlah produk COLMAX kerana berfungsi cepat kering selain memberi kualiti keselesaan yang tinggi disamping mempunyai daya elastik yang lembut di bahagian pinggang, lenggan dan poket.


iv.   Helmet

Helmet  sukan basikal umumnya  ringan dan mempunyai ruang peredaran utara yang tinggi kerana kayuhan mempunyai perkaitan kepada meningkatnya suhu badan dan bahagian kepala memerlukan penyejukkan yang pantas untuk mengelak pitam disamping mempunyai daya perlindungan kepala yang kuat sekiranya berlaku kemalangan. Di samping itu juga, bentuk yang aerodimik dan warna yang cantik dapat memperlihat sifat macho pemakainya. Di samping bersukan kita juga dapat hebat bergaya.







2 comments:

  1. Tq...info ni...sy dan anak lelaki br nak berjinak dlm dunia sukan mtb utk mengeratkan lg hubungan kekeluargaan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu Mama Siti....dari pengalaman saya...sukan basikal memang menyihatkan...cuba buat kayuhan 15km sekali kayuhan....kemudian tingkatkan jarak dari masa ke semasa....InsyaAllah sihat

      Delete