Sunday 21 August 2011

KENAPA MAHAL

Harga  basikal bergantung kepada bahan yang digunakan. Jenama yang memenangi perlumbaan di peringkat antarabanga juga mempengaruhi harga sesebuah basikal. Antara bahan yang digunakan untuk membina badan basikal adalah:

1- besi.
2- aluminium
3 - carbon fiber
4 - titanium.

Di maklumkan bahawa di zaman Rosman Alwi dahulu rangka basikal trek dia sahaja mencecah RM20K. Ini tidak termasuk ”groupset” yang dipadankan pada rangka basikal tersebut.

Basikal mahal cukup ringan mampu diangkat sebelah tangan sahaja. Kayuhan dan daya memecut juga cukup memberangsangkan. Malah ada yang mampu diangkat hanya dengan satu jari sahaja. Basikal yang mempunyai jisim yang cukup ringan mampu memecut 50km ++ semasa mendaki bukit bersudut ketinggian melebih 45 darjah.





Satu ketika semasa berkumpul dengan kumpulan sukan basikal, saya terserempak dengan beberapa orang yang bertindak menyelimutkan basikal masing-masing sebelum dimasukkan dalam kereta mereka. Saya bertanya kenapakah begitu perihatin dengan basikal mereka, sedangkan ia hanyalah sebuah basikal. Mereka memaklumkan bahawa rangka basikalnya sahaja berharga RM35 ribu dan "groupset" yang digunakan berharga RM9 ribu.


Kasut yang dipakai berharga lebih RM2000 dan pedal cleat berharga lebih RM1200. Begitulah hakikatnya, apabila seseorang individu begitu meminati sesuatu sukan dan sukan tersebut memberi manafaat kepada mereka, maka mereka menjadi begitu pemurah dengan hobi tersebut.


Hakikat yang perlu diketahui umum bahawa sukan kayuh basikal ini memang amat menyihatkan disamping dapat berkenalan dengan pelbagai ragam bangsa, agama dan keturunan.

Aktiviti kayuh basikal menjanjikan  satu pemandangan indah alam sekitar yang jarang dapat dinikmati oleh individu semasa kita memandu kenderaan berkuasa enjin. Tidak dapat hendak dikhabarkan melalui ungkapan tulisan dan kata-kata kecuali bagi mereka yang mengalaminya.




Keindahan flora dan fauna begitu menyegarkan. Disajikan dengan alam sekitar yang begitu menghijau di kiri dan kanan jalan. Bunyi unggas mendamaikan. Udara begitu nyaman.




Suasana hening, berkabus menghilangkan ketegangan kerja yang dialami dalam seminggu.




Mengeratkan hubungan silaturahim...




Membina semangat kerjasama...




Ikatan kekeluargaan yang harmoni...



No comments:

Post a Comment