Tuesday 26 July 2011

MENAWAN GENTING PERES, HULU LANGAT - KUALA KLAWANG

Aktiviti menawan Genting Peres bermula jam 7.00 pagi di tempat permulaan  di Batu 14, Hulu Langat, Selangor. Namun persiapan penyelenggaraan basikal bermula sehari sebelumnya. Pada malamnya kami tidur seawal mungkin selepas solat Insyak bagi  memastikan keadaan fizikal berada dalam keadaan  bersedia untuk dakian Genting Peres yang dikenali landai dan  mendaki.

Pemandangan di awal pagi begitu menyenangkan, udara segar, berkabus dengan kicauan unggas-unggas dan  dingin embun pagi menusuk tulang. Terlintas di kotak fikiran, alangkah bagusnya kalau manusia berhemah dalam membangunkan kawasan hutan Malaysia agar segala kecantikkan alam semulajadi tidak musnah hilang di telan pembangunan.

Pemandangan di awal pagi

Terdetik di benak fikiran, kemusnahan yang bakal dialami apabila melihat tanah merah digondolkan oleh jentolak atas alasan membangunkan kawasan terlibat. Difahamkan kawasan Hulu Langat, Selangor menerima pelancung bukan atas faktor tarikan pembangunan sebaliknya atas faktor alam sekitar yang kekal terpelihara. Sehubungan dengan itu, pengekalan alam sekitar haruslah menjadi faktor utama dalam meluluskan sebarang pembangunan agar terus menjadi daya tarikan generasi pelancung di masa hadapan.

Kawasan tanah merah digondolkan untuk pembangunan

Tinjauan di kalangan penggemar sukan kayuh basikal yang datang dari pelusuk Malaysia seperti Kuantan dan Pulau Pinang, memaklumkan bahawa mereka sanggup bermalam di "homestay" berdekatan kerana terpikat dengan pengekalan alam sekitar dan kawasan pendakian mencabar selain kawasan berbukit seperti di Genting Highland dan Bukit Frazer.

 Laluan yang bakal kami lalui

i.  Memeriksa Basikal

GIANT TCR3 Compact Road
Merida 904 Race Bike

 Specialized Alllez Sport
Mengisi angin mengikut piawaian PSI  tayar



ii. Kelengkapan diri

Keperluan asas I - Tiub, L & N keys, Coklat Bar, pencungkil tayar dan Livita 250ml

Keperluan asas II -Topi keledar


iii.  Pemandangan menarik

Pemandangan hutan hujan yang menarik

Puncak hutan hujan

iv.  Laluan kayuhan

Persimpangan Kampung Jawa - Genting Peres (kanan) - Semenyih/ Sg. Takala (kiri)

Persimpangan Kg. Jawa menghala ke Semenyih/Sg Tekala
(Kelihatan ramai yang kepenatan mendaki)

Mendaki 

Sampai di puncak Genting Peres - sempadan Jelebu, Negeri Sembilan - I

Rakan - rakan yang lain

Papan tanda sempadan Negeri Sembilan

v.  Mera'ikan kejayaan

Menikmati Livita 250ml - I

Menikmati Livita 250 ml - II

No comments:

Post a Comment