Sunday 21 August 2011

KENAPA MAHAL

Harga  basikal bergantung kepada bahan yang digunakan. Jenama yang memenangi perlumbaan di peringkat antarabanga juga mempengaruhi harga sesebuah basikal. Antara bahan yang digunakan untuk membina badan basikal adalah:

1- besi.
2- aluminium
3 - carbon fiber
4 - titanium.

Di maklumkan bahawa di zaman Rosman Alwi dahulu rangka basikal trek dia sahaja mencecah RM20K. Ini tidak termasuk ”groupset” yang dipadankan pada rangka basikal tersebut.

Basikal mahal cukup ringan mampu diangkat sebelah tangan sahaja. Kayuhan dan daya memecut juga cukup memberangsangkan. Malah ada yang mampu diangkat hanya dengan satu jari sahaja. Basikal yang mempunyai jisim yang cukup ringan mampu memecut 50km ++ semasa mendaki bukit bersudut ketinggian melebih 45 darjah.





Satu ketika semasa berkumpul dengan kumpulan sukan basikal, saya terserempak dengan beberapa orang yang bertindak menyelimutkan basikal masing-masing sebelum dimasukkan dalam kereta mereka. Saya bertanya kenapakah begitu perihatin dengan basikal mereka, sedangkan ia hanyalah sebuah basikal. Mereka memaklumkan bahawa rangka basikalnya sahaja berharga RM35 ribu dan "groupset" yang digunakan berharga RM9 ribu.


Kasut yang dipakai berharga lebih RM2000 dan pedal cleat berharga lebih RM1200. Begitulah hakikatnya, apabila seseorang individu begitu meminati sesuatu sukan dan sukan tersebut memberi manafaat kepada mereka, maka mereka menjadi begitu pemurah dengan hobi tersebut.


Hakikat yang perlu diketahui umum bahawa sukan kayuh basikal ini memang amat menyihatkan disamping dapat berkenalan dengan pelbagai ragam bangsa, agama dan keturunan.

Aktiviti kayuh basikal menjanjikan  satu pemandangan indah alam sekitar yang jarang dapat dinikmati oleh individu semasa kita memandu kenderaan berkuasa enjin. Tidak dapat hendak dikhabarkan melalui ungkapan tulisan dan kata-kata kecuali bagi mereka yang mengalaminya.




Keindahan flora dan fauna begitu menyegarkan. Disajikan dengan alam sekitar yang begitu menghijau di kiri dan kanan jalan. Bunyi unggas mendamaikan. Udara begitu nyaman.




Suasana hening, berkabus menghilangkan ketegangan kerja yang dialami dalam seminggu.




Mengeratkan hubungan silaturahim...




Membina semangat kerjasama...




Ikatan kekeluargaan yang harmoni...



Tuesday 16 August 2011

PERALATAN TAMBAHAN YANG ANDA PERLU TAHU

Peralatan tambahan berfungsi sebagai pemudahcara kepada pengayuh untuk menganalisa beberapa keperluan asas dalam sukan basikal. Antara keperluan asasnya ialah  bacaan kelajuan, purata kelajuan, mengira penggunaan kalori dalam badan, jarak kayuhan dan penggunaan tenaga. Contohnya untuk kayuhan jarak 100km akan menunjuk jumlah kalori yang diperlukan oleh fizikal badan pengayuh terlibat. Jumlah yang dikenalpasti ini memudahkan pengayuh untuk membekal dirinya dengan makanan tenaga yang bakal di bawa bersama.

Disebabkan peralatan tambahan ini mempunyai pelbagai fungsi, maka harga pasaran agak mahal untuk dimiliki. Tambahan pula peralatan tambahan ini dibawa masuk dari luar negara seperti Jepun, German, Australia dan lain negara pembekal maka pertukaran wang asing menjadikan agak mahal.

Namun begitu barangan tersebut mempunyai kualiti yang tinggi menjadikan begitu bernilai dengan wang dikeluarkan untuk memilikinya. Antara barangan tersebut ialah:

i.  Meter Berkomputer

CATEYE VELO WIRELESS +

Cateye Velo Wireless + berfungsi sebagai peralatan tambahan yang  berfungsi mengukur kelajuan dan purata kayuhan basikal, mengukur penggunaan kalori dalam badan, mengukur jarak dan kumulatif jarak, mengumpul masa yang diambil untuk jarak tertentu dan penggunaan bahan api kalau menggunakan kenderaan bermotor. Antara keistimewaan yang terdapat pada peralatan ini ialah:

Functions
- Current, average & maximum speed
- Trip distance
- Odometer
- Elapsed time
- Clock
- Calorie consumption
- Carbon offset
 
Features
- Simple 1 tire size with inch setup
- Zip tie mount compatible with FlexTight™ bracket
- Average speed pacer
- Auto start/stop
- Auto power-saving mode
- Sleep mode
 
Specifications
- Fits almost any handlebar or stem: 22-32mm
- Fits almost any fork: 11-55mm
- Battery: CR2032 x 2 (1 each for head unit and sensor)
- Front fork speed sensor
- Transmission distance up to 70cm - 27 inches

ii.  Sarung Tangan

Terdapat sarung tangan dicipta khas untuk sukan basikal. Mempunyai 3 fungsi utama iaitu memanaskan, keselesaan dan perlindungan.Sarung tangan sukan basikal mempunyai gel khas bertujuan untuk memanas tangan dalam cuaca sejuk dan bertindak menyejukkan tangan pada cuaca panas. Menunggang basikal pada jarak jauh dan mengambil masa berjam-jam amat memerlukan sarung tangan sedemikian untuk mengelak jari tangan kejang akibat perubahan-perubahan cuaca.Kekejangan boleh mengundang kemalangan yang tidak di undang.




iii.  Pakaian


Pakaian dari produk tulen bertindak mengekalkan suhu badan kepada  keadaan selesa walaupun dalam keadaan cuaca panas dan berada dalam keadaan kering semasa cuaca basah atau hujan. Pilihlah produk COLMAX kerana berfungsi cepat kering selain memberi kualiti keselesaan yang tinggi disamping mempunyai daya elastik yang lembut di bahagian pinggang, lenggan dan poket.


iv.   Helmet

Helmet  sukan basikal umumnya  ringan dan mempunyai ruang peredaran utara yang tinggi kerana kayuhan mempunyai perkaitan kepada meningkatnya suhu badan dan bahagian kepala memerlukan penyejukkan yang pantas untuk mengelak pitam disamping mempunyai daya perlindungan kepala yang kuat sekiranya berlaku kemalangan. Di samping itu juga, bentuk yang aerodimik dan warna yang cantik dapat memperlihat sifat macho pemakainya. Di samping bersukan kita juga dapat hebat bergaya.







Thursday 4 August 2011

MENDAKI BUKIT BROGA

Ini cerita Mohammad Fadhli Shah sempena sambut hari lahir yang ke 5 tahun. Seminggu sebelum harijadi, hampir setiap hari beliau  bertanya "bila nak beli kek birthday untuk adik ni...ayah". Kebetulan pula beliau memang pengemar makanan berasaskan kek.

Maka hari lahirnya pun tiba, maka inilah keknya di beli dari kek Islam yang jauhnya hampir 24km perjalanan pergi dan balik dari rumah dihidangkan atas meja yang cukup sederhana untuk mengelak kesan comot selepas makan.


Mari kita lihat gaya makannya:








i.   Mendaki Bukit Broga

Mohammad Fadhli Shah menggemari sukan lasak luar rumah. Sebelum mendaki beliau aktif berlatih di kawasan senaman mingguan kami.



ii.  Di Puncak Broga

Gambar di puncak bukit broga

 Bergambar bersama abg Ngah

Menikmati fauna

iii.  Pemandangan dari puncak bukit Broga













Walaupun berjiwa lelaki dewasa dan lasak tetapi jiwa kanak-kanaknya tetap ada. Lihat la betapa kreatifnya menyusun main dgn kain terbuang.