Tuesday 31 January 2012

MAKLUMAT BROGA LOOP

Anggaran jarak lingkaran Broga dari Tekala - Genting Peres - Kuala Klawang - Lenggeng - Tekala adalah pada jarak 120km. Kepada penggemar sukan basikal, Broga loop sinonim dengan pendakian Bukit Tekala, Genting Peres, Bukit Tangga, Bukit Mandom I, Mandom II dan bukit Lenggeng yang amat bukit menyeksakan. Kebanyakan fizikal bukit di laluan mempunyai kecerunan adalah sekitar 7 peratus.

Samada anda melakukan laluan Broga Jantan (Tekala - Lenggeng - Bukit Tangga - Gunung Antu - Genting Peres - Tekala) atau Broga Pondan (Tekala - Genting Peres - Kuala Klawang - Lenggeng - Tekala), kedua-duanya menjanji azab mendaki yang menyeksakan.

Saya telah melakukan tiga (3) kali kayuhan menawan Broga dan menasihatkan penggemar sukan basikal membuat latihan mendaki yang mengcukupi. Anda di sarankan membuat latihan pendakian di Bukit Antu (bukan Gunung Antu) melalui laluan Batu 14 (Balai Polis Bt.14) menuruni ke Tekala - patah balik ke Genting Peras dan menuruni Gunung Antu yang mempunyai 3 buah bukit untuk di daki pada jarak 13 km. Latihan secara berkala menjanjikan keselesaan dan kelegaan untuk menawan Broga Loop. Kalau tidak anda akan sengsara walaupun anda menolak basikal anda di Bukit Tekala, Genting Peres, Bukit Tangga, Bukit Mandom I, Mandom II dan bukit Lenggeng. Anda juga dinasihatkan membuat kayuhan Broga Loop secara berkumpulan minima 2 orang.

Mendaki Bukit Mandom

 Mendaki ke puncak Bukit Tangga

 Permulaan mendaki

 Bersaing dengan lori di Bukit Tangga

Puncak Bukit Tangga

 Lakaran laluan Broga Loop I

 Lakaran laluan Broga Loop II

Lakaran laluan Broga Loop III

No comments:

Post a Comment