Monday 14 November 2011

WILIER vs SPECIALIZED vs GIANT

Ketiga-tiga jenama ini hanyalah sebuah basikal. Namun ketiga - tiga jenama ini juga mempunyai nikmat tersendiri ketika menunggangnya. Bak kata orang tua-tua HANYA MUTU mengenal MANIKAM.



Bagi yang ingin mengetahui nikmat menunggang basikal berjenama maka perlulah menceburi sukan ini. Keistimewaan meminati sukan basikal ini ialah nikmat kesihatan. Otot paha, betis dan pinggang menjadi cukup kuat. Namun adalah dinasihatkan untuk  menjaga makanan harian untuk membantu kepada pengekalan stamina. Elakkan makanan berlemak dan  berminyak kerana mengandungi banyak kolestrol dan juga elakkan mengambil makanan pedas semasa hendak mengayuh untuk mengelak fenomena letih yang gaban.

Hargailah nikmat pemberian juga anugerah tuhan kepada anda dalam bentuk kesihatan. Kekalkan kualiti kesihatan anda melalui senaman. Tidak ada sesuatu nikmat akan datang secara bergolek, tapi semuanya memerlukan usaha.

Hanya dengan anugerah kesihatan sahaja kita mampu membina sebuah istana walaupun hanya sebuah istana pasir tetap memerlukan kudrat dari  kesihatan untuk membinanya.....marilah kita renung-renungkan....




No comments:

Post a Comment