Sunday 20 November 2011

PERKAMPUNGAN ORANG ASLI

Melalui perkampungan orang asli yang terletak dalam laluan kayuhan basikal mempamerkan keindahan kepada kehidupan yang begitu semulajadi. Melihat anak-anak orang asli berkejar-kejaran, lambaian kepada pengayuh basikal seperti kami, senyuman ikhlas dibibir mongel anak-anak kecil mereka memberi satu kepuasan dalam hati kami yang tidak terhingga. Tetapi demi menjaga tatasusila dan adat resam, pihak kami tidak merakamkan gambar-gambar tersebut untuk paparan demi kelansungan sifat hormat menghormati antara budaya.



Masyarakat moden dengan cara hidup yang komplek dibebani dengan pelbagai masalah seperti masalah bil air, letrik, indah water, cukai pintu, cukai tanah, cukai makanan segera juga cukai makan di kedai mamak menjerumus diri kepada masalah panas baran, tekanan darah tinggi, obesiti , tekanan perasan, mental dan sebagainya. Namun itulah hakikat harga kepada sebuah kehidupan moden di dunia ini.

Bagi mengurangi masalah tekanan, masyarakat moden terpaksa mengeluarkan kos membeli basikal untuk menjalani senaman secara berkala. Tanpa sukan, masyarakat moden bakal mengundang pengumpulan toksid dalam badan yang bakal menjana pelbagai komplikasi di hari tua. Semuanya memerlukan kos....

Melihat kepada kehidupan orang asli, pekerjaan harian mereka adalah satu senaman. Konsep membanting tulang merupakan senaman yang menjanjikan kesihatan kepada fizikal mereka. Mereka tidak dibebani dengan bil eletrik, bil air dan pelbagai percukaian kerajaan. Sebenarnya konsep kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang mempunyai kebaikan tersendiri kepada manusia sejagat.

No comments:

Post a Comment