Sunday 20 November 2011

AIR MINERAL SEMULAJADI

Air mineral semulajadi yang mengandungi bakteria diperlukan dalam proses perkumuhan  badan manusia. Pakar perubatan dari Jepun telah berjaya dengan kajian yang dijalankan ke atas para pesakit mereka yang mengamalkan meminum air mineral setiap hari telah sembuh 100 peratus daripada penyakit yang dihidap. Antara penyakit tersebut ialah artrisis, epilepsi, asma, TB, meningitis, sakit kepala, masalah buah pinggang, sakit jantung, gastrik, cirit-birit, batuk, masalah penglihatan, kanser dan lain-lain.

Orang tua berpesan, jangan minum air semasa makan dan hanya perlu mengambil air minuman 15 minit selepas  makan. Nasihat orang tua-tua ada kebenarannya. Ini kerana minuman berais ataupun sejuk lebih senang memerangkap kandungan minyak yang berada di dalam badan lalu bertukar menjadi lemak dan kolesterol .

Kadangkala kita terlalu taksub dengan kemodenan sehingga menjadi takut kepada bayang-bayang sendiri. Takut untuk minum air hidup dan gemar meminum air mati iaitu air yang dimasak. Perlu diingat, bahawa nenek moyang kita dahulu hidup lama dan panjang umur dengan anugerah daya ingatan yang jelas dan kuat kerana meminum air hidup atau dikenali sebagai air matair dari perigi.

Kita perlu menerima hakikat bahawa di zaman itu segala teknologi dan pendapat barat tentang air belum berkembang ke Nusantara ini. Masyarakat Nusantara ketika itu kurang berdepan dengan penyakit moden seperti zaman kini. Kenyataan kepada hakikat ini ialah  mereka kurang dihinggapi penyakit malah mereka hidup sihat, panjang umur, mepunyai daya ingatan yang kuat malah mempunyai zuriat yang banyak.

 Air mata air Hulu langat, Selangor


 Mineral semulajadi...sejuk dan melawaskan...

Oleh itu, minumlah air mineral yang tidak tercemar untuk manfaatkan kepada diri sendiri dan keluarga. Bukan menafikan konsep penapisan air secara moden itu tidak baik tetapi tubuh kita amat memerlukan sebahagian bakteria dalam air untuk melakukan proses perkumuhan dalam badan kita.

Minoru Shirota dari jepun mengasingkan hampir 300 jenis bakteria  dari tahun 1930 dan 1935 bertujuan mencari jenis bakteria yang sesuai untuk membantu memulihkan sistem penghadaman manusia. Setiap jenis bakteria tersebut akan diuji dengan asid dan tahan terhadap cecair hempedu. Antara kesemua 300 spesis bakteria tersebut hanya satu spesis sahaja yang benar-benar tahan dengan asid iaitu bakteria Lactobacillus casei. kajian ini berjaya ditemui  hampir 80 tahun lalu. Bakteria ini kemudiannya dijadikan sebagai minuman kesihatan yang dikenali dipasaran sebagai Yakult.

Untuk membezakan antara air mati dengan air hidup senang sahaja. Air mati kalau disimpan lama akan meninggalkan mendakan berwarna perang di dasar bekas simpanan manakala air hidup akan menghasilkan lumut dalam bekas yang disimpan dan tiada mendakan berwarna perang.

Oleh itu marilah kita fikir-fikirkan segala kebaikan daripada anugerah pencipta kepada kita sebagai manusia. Sudah sampai masanya kita  menyemak kembali segala yang telah dihidangkan oleh barat kepada kita dengan konsep dan amalan memilih padi dari antah dan membuang sekam dari beras.
 

No comments:

Post a Comment