Monday 17 September 2012

TERENGGANU CENTURY RIDE 2012

16 SEPTEMBER 2012 - Menyertai acara kayuhan Century Ride Malaysia di Terengganu sejauh 160km sempena sambutan  Hari Malaysia dan juga Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2013. Acara ini merupakan anjuran bersama kerajaan negeri Terengganu dan Persatuan Lumba Basikal Terengganu dan diuruskan oleh Pedal Explorer. Disertai oleh pelbagai Kelab Basikal dari seluruh Malaysia, Singapura dan juga Thailand. Laluan menarik, terdapat sedikit pendakian, dipenuhi kehijauan hutan dan ladang kelapa sawit dan juga laluan pantai yang berangin pada 20km terakhir.

 
 
Gerbang permulaan dan tamat perlumbaan
 
Kekangan untuk mencipta masa ialah pada keadaan laluan berturap yang tidak sempurna. Terdapat terlalu banyak laluan yang berlubang, retak disamping berhadapan dengan segelintir pengayuh yang kurang disiplin semasa berkayuh dengan tidak memotong tanpa adab dan disiplin kesukanan. Gelagat ini membahayakan pelumba lain dan basikal penyerta lain ternyata mahal harganya.

Saya hampir 3 kali menghadapi suasana cemas kerana ada pengayuh yang memotong secara "potong sayur" dan hampir melanggar roda basikal hadapan saya. Begitu juga semasa berada dalam peloton yang berkayuh pada kelajuan 42km sejam tiba-tiba ada pengayuh yang menyelit masuk di hadapan yang bukan dalam peloton kami dan terus dengan selamba mengayuh pada kelajuan 25km sejam, ketawa berdekah dekah bersama rakan-rakannya dan terus dalam keadaan begitu. Tindakan pengayuh ini membuatkan kami tertinggal dari peloton tersebut dan usaha untuk mengejar peloton tersebut menjadi sia-sia kerana saya terpaksa mengayuh pada kelajuan melebihi 42km sejam untuk berada semula dalam peloton tersebut.

Semasa mengayuh di laluan TCR 2012, saya melihat pihak PDRM yang terlibat terpaksa mengambil tindakan tegas memberhentikan lori muatan panjang seperti trela yang memandu laju di laluan tersebut membuatkan pengayuh terhoyong hayang dibuai angin kenderaan berat tersebut. Memandu sedemikian membahayakan pelumba yang menggunakan laluan tersebut berkeadaan 2 lorong dengan tepi jalan yang tidak rata memaksa pelumba terpaksa menggunakan laluan tengah jalan untuk mengelak kerosak pada "wheelset" yang harganya mencecah RM4000 ke atas.

Dalam segala kekangan ini, saya berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan 62 dalam senarai kategori saya pada masa 5 jam 25 minit. Agak hampa tetapi apabila melihat golongan usia lebih muda dari saya menamatkan perlumbaan pada jam melebihi 7 jam, maka bersyukur kerana masih termasuk dalam kategori kuat dan sihat.
 
Wajah saya di garisan penamat (Ibrahim Ishak)

 Selepas tamat kayuhan baru sedar Garmin edge 800 tak berfungsi (sakit hati)


Khemah minuman selepas tamat kayuhan

Puas...hemm manisnya medal ni...


Sijil dan Medal

No comments:

Post a Comment