Monday 19 March 2012

PENGIKAT TIANG "SADDLE"

Setelah selesai kayuh untuk fasa pertama sejauh 55km dari Bt. 18 - Nuang - Bt.18 - Peres - Tekala - Simpang Peres-Tekala, kami melihat ada satu kumpulan mengekori kami mendaki bukit Donglai menghala ke Simpang Peres. Sampai di simpang Peres kami berehat menunggu sekejap untuk menyambung kayuhan fasa kedua semula mendaki Genting Peres - Takala - Bt. 18. Semasa berehat kami melihat salah seorang pengayuh tersebut menghadapi masalah skrew pengikat seat post haus yang secara tidak lansung menyebabkan saddle basikal beliau turun kebawah dan bergoyang. Berbagai cara difikirkan untuk menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya dapat selesaikan dengan menggantikan skrew tersebut dengan skrew lampu belakang rakan kayuh saya King Marol.

Setelah berkenalan mereka ini adalah kumpulan pengayuh JAMI kajang. Untuk rakan-rakan semua kami bangga dapat membantu anda.

 Skrew pengikat seat post haus

 Mencuba pelbagai cara tetapi tidak berjaya

 Akhirnya guna skrew lampu belakang basikal King Marol


 Kami Penunggu Genting Peres

No comments:

Post a Comment