Saturday 3 March 2012

MENIMBA ILMU DI GENTING PERES

3/3/2012 - Bersosial memberi peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat. Setiap pandangan dan pendapat rakan-rakan adalah betul mengikut pemikiran mereka oleh itu perlulah dihargai dan dihormati. Perbezaan pandangan dan pendapat mematang dan meningkatkan tahap kualiti pemikiran manusia. Setiapkali berpeluang mengayuh basikal bersama rakan-rakan yang terdiri dari pelbagai latarbelakang, kelulusan, dan demografi saya akan mengambil peluang keemasan ini untuk turut serta dalam perbincangan tidak rasmi  ini. Sesungguhnya pandangan mereka adalah hebat-hebat dan kadangkala tidak dijangka oleh kita.

 Pelbagai idea di lontarkan

 Gembira melihat wajah rakan-rakan

Mendengar cerita dari rakan-rakan

 Ceria

 Pelbagai Demografi

 Perbezaan budaya dan gender

No comments:

Post a Comment