Sunday 1 July 2012

BROGA JANTAN LOOP BERSAMA GROUP TGM & MCT (IPOH)

1/7/2012 - Kayuhan Broga Jantan kali ini, dilakukan bersama kumpulan jemputan dari Tanjung Malim (TGM) dan Manjong (MCT) Ipoh. Kayuhan  bermula pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 2.00 petang. Kumpulan berkumpul di Hentian Rekreasi Sungai Tekala, Hulu Langat, Selangor.


Broga Klasik atau nama timangannya Broga Jantan adalah laluan kayuhan basikal yang cukup mencabar minda, stamina, maskular, kardiovaskular dan jati diri  dengan pelbagai cabaran fizikal laluan yang terkenal dengan bukit bukau. Pengayuh memerlukan tahap kesihatan "mascular" dan "cardiovascular" yang tinggi  untuk menamatkan kayuhan pada jarak 120km satu pusingan.

Para pengayuh yang ingin menikmati kayuhan Broga Jantan dinasihati membuat latihan kayuhan dilaluan bt.14 - Bukit Antu - Tekala - Donglai - Genting Peres - Bukit Titi untuk membiasakan minda, stamina, maskular, kardiovaskular dan jati diri dengan fizikal laluan Broga Jantan. Ramai yang mengambil mudah dengan latihan sedemikian dan hasilnya terpaksa bergantung dengan perkhidmatan "support car" dan tidak mampu menamatkan kayuhan satu pusingan yang hanya sejauh 120km sahaja.

-Taklimat-

- Video Taklimat - v1-

-Video Taklimat - v.2 -

 - Isteri Tercinta Hantar (ITH) -
Terdapat kumpulan lain berkumpul untuk membuat kayuhan rutin  masing-masing. Kesempatan ini diambil untuk beramah mesra dan berbual berkaitan pengalaman masing-masing ketika menyertai pertandingan  dan disini  kami sempat berbual berkaitan Letua 100 yang lepas.

Sepintas lalu, Letua100 mendominasi laluan Puncak Alam dan Puncak Perdana di Sekitar Bukit Jelutung, Shah Alam. Letua100 menyajikan laluan berbukit bukit yang sederhana, namun ramai pengayuh menggeruni laluan Letua100 yang digelar dikalangan peminat sukan basikal sebagai "DRAGON BACK" kerana turun naik fizikal bukit tersebut seperti belakang se ekor Naga.


Sebelum membuat kayuhan seperti biasa  kami bergambar bersama sebahagian kumpulan pengayuh yang hadir. Tidak ramai yang menyahut tawaran jemputan kami untuk menyertai kayuhan Broga Jantan Loop, walaupun jemputan telah dibuat 3 minggu sebelum tarikh kayuhan. Ada yang menarik diri disaat akhir. Namun kami amat berbangga apabila jemputan kami diterima oleh kumpulan kayuhan Tanjung Malim dan Manjong.
 

 Dari kiri: Sham Abd Jalal , Ibrahim, Redwan Shah, Tuan Haji Zulkaflee Kasimon, Ariff Ooi, Ramdzan Dzan, Ismail Putera dan Ahmad Taqiyuddin

Apa yang menarik dan perlu di bongkar ialah hubungan sesama anggota dan kumpulan basikal adalah amat akrab seperti saudara mara kandung. Hubungan ini boleh dijelaskan melalui peribahasa lama iaitu " cubit paha kiri, paha kanan terasa sakit jua". Bantu membantu adalah fenomena biasa dalam sukan basikal. Kesihatan dan hubungan akrab sesama manusia amat bernilai di dunia ini.

Demi masa depan sukan negara, bersama ini dipaparkan aktiviti kayuhan Broga Jantan sebagai sumbangan kepada penggemar sukan basikal yang memerlukan maklumat untuk membuat kayuhan Broga Jantan di masa akan datang. Sebarang maklumat lanjut hubungan email : tokpenghuluperez@gmail.com . Pihak GMD'Langat sedia membantu anda...


King Marol dibantu Sham Abd Jalal, diperhatikan oleh Redzwan Shah dan Amiruddin Shah



Kayuhan melintasi University of Nothingham pada kadar kelajuan melebihi 41km sejam


Laluan dari Branang menghala ke Pekan Lenggeng

Bersarapan di Restoran Ikan Sembilang, Pekan Lenggeng...

 Penghulu Peres (nama timangan) sedang melayan tetamu
 King marol, Amiruddin dan Redzwan

 Syaful, Tuan Haji Zulkaflee dan Sham Abdul Jalal

 Mr. Benny

Ariff Ooi (peace)..kiri beliau Ramdzan dan Kanan beliau Ahmad Taqiyuddin

Deretan basikal yang harga bersamaan Viva atau Myvi....



Mendaki Bukit Lenggeng....(azab)....

 Syaful (off saddle)
 Ariff Ooi dan Ramdzan

 Ismail Putera

 Redzwan Shah (senyum meleret mendaki)

Tuan Haji Zulkaflee dan Ahmad Taqiyuddin

Amiruddin Shah 

Mr. Benny dalam Support car

Memang derita...

Mendaki Bukit Mandom (kembar bukit lenggeng)....(azab)...

 Peloton pertama mendaki bukit mondom....(depan) Syaful, Ramdzan...Amiruddin Shah
Amiruddin Shah (gaya Marco Panttani)
King Marol (KOM)
Fizikal Jalan..
Ismail Putera
Redzwan Shah
Sham Abdul Jalal
Tuan Zulkaflee Kasimon dan Ahmad Taqiyuddin
Ahmad Taqiyuddin (Ranking no. 54 dalam Letua 100)


Mr. Benny dalam support car

Mendaki Bukit Tangga....(azab)...

Ramdzan 

 Ariff Ooi

Syaful 

 Amiruddin Shah
Redzwan Shah

King Marol

SEJENAK...di puncak Bukit Tangga....

Papan tanda 

Gunung Telapak Buruk 

 Selamat Datang Daerah Jelebu
 heheheh....ada amoi melintas

Terserempak dengan Kelab Basikal Negeri Sembilan (Abg Din) dan 60 peserta yang lain

"REFILL" di Kuala Kelawang....







Mendaki Bukit Titi.....sejauh 13.5km...menyeksakan...










Menunggu rakan yang bakal "cramp" atau pancit di 4.5km akhir ke Puncak Bukit Titi/Peres




Flora dan Fauna sekitar bukit Titi.....










"Regroup" di simpang Genting Peres....






Selamat sampai di Hentian Sungai Tekala....


-Sekian-

1 comment:

  1. This is our first-ever charity cycling event in UNMC and we really hope that you would join and support us. Kindly promote and spread the news about this event to your friends..

    Get a Bicycle and Join us Now ~ RIDE FOR CARE !!
    30 bicycles are provided for those have no bicycle (ITS LIMITED!!)

    Email : ncc.ride4care@gmail.com

    -- Open to public

    -- This event is to raise fund for SPECIAL CHILDREN SOCIETY OF AMPANG (SCSOA) to support their cause.

    SCSOA FB Pages: https://www.facebook.com/scsoa?ref=stream

    -- Category :
    (i) Men 14km
    (ii) Women 14km
    (iii) Kids Activities*

    -- Come with your own bicycle !! Sad to say that we do not provide bicycles for participants.

    -- Registration Fee :

    RM30 for cycling participants
    RM10 for kids activities
    RM12 for bicycle rent

    #To register :
    (i) Fill up the registration form online.

    https://docs.google.com/forms/d/1nVQ6appP5RRqEBEvgNmnGNfA3RcUNlQh3EeW818OLfA/viewform

    OR

    (ii) Email us at ncc.ride4care@gmail.com

    #To pay registration fee / be a volunteer for this event or SCSOA :
    (i) Visit our booth at SA every Wednesday and Thursday 12:00 - 16:00 .

    OR

    (ii) **Online payment

    Bank : RHB
    Account Number : 1-14138-0044154-7
    Account Name : QAIRUNNISA BINTI AHMAD NOOR RIDI

    *( We would only have the Kids Activities if there are more than 20 registrations for this)

    **Kindly email us the payment transaction slip with your name and contact. Your registration will only be considered after the payment made is verified.

    Thanks for helping to promote our charity event.

    ReplyDelete