Tuesday 10 July 2012

GUNUNG NUANG

Gunung Nuang terletak 15km dari pekan batu 14 menghala ke batu 18, Hulu Langat Selangor. Terkenal sebagai pusat perkelahan, perkhemahan dan lokasi sukan mendaki gunung. Gunung Nuang memiliki ketinggian 1498 meter dari paras laut. 

 Pintu utama memasuki Gunung Nuang

 Dari batu 14 ke Gunung Nuang menjanjikan kawasan mendaki di sepanjang 15km laluan tersebut. Terdapat dua bukit yang agak curam sejauh 2 km sebelum menjejak pintu masuk utama ke kawasan mendaki Gunung Nuang. Ramai dilihat menolak basikal  di kawasan bukit loji letrik Pangsoon.

Selepas bukit loji Pangsoon, terdapat sebuah lagi bukit kawasan chaley Gunung Nuang. Bukit ini tidak kurang tingginya dan amat sesuai dijadikan latihan mendaki bukit.

 Bersama ranjer Gunung Nuang

Gunung Nuang juga menjanjikan pemandangan laluan air yang jernih, bersih dan cantik disamping kehijauan hutan yang kekal terpelihara. Laluan air ini menjadi tempat perkelahan orang ramai pada setiap cuti umum.

Sungai dari empangan Pangsoon












Biji durian



Putik buah langsat

No comments:

Post a Comment