Sunday 1 April 2012

TETAMU RANGKA RIDER

1/4/2012 - Tetamu dari Rangka Rider membuat kayuhan Batu 14 - Bukit Antu - Bukit Donglai  - Genting Peres - Batu 18 - Batu 14. Saya menyambut Rangka Rider di simpang Sungai Tekala / Bukit Antu. Semasa kayuhan kumpulan berbasikal Bianchi, dengan groupset SRAM RED dan jenama Scott memotong laju dan di ikuti oleh Amiruddin dan berjaya meninggal mereka semasa mendaki bukit simpang tiga Genting Peres - Sungai Tekala. Sebenarnya memang menyeronokkan bila ada kumpulan pengayuh laju semasa kita mengayuh sebab merupakan peransang dan motivasi untuk terus berusaha agar setanding mereka.

Dari simpang Peres kami menghala ke Bukit Antu untuk menjemput tetamu kehormat Rangka Rider. Dalam perjalana kami menempuhi bukit terkejut dan bukit rumah pam  loji Langat.

Dari kiri - Arey, Syamsul, Shamrulismawi, Amiruddin dan jurufoto Ibrahim@Penghulu Peres


Di puncak Peres - sesi perbincangan di pengerusikan oleh Tuan Syamsol

Cantik Pemandangan di Puncak Peres

No comments:

Post a Comment