Sunday 4 December 2011

JUMPA KAWAN-KAWAN

**************************************************************************
RENUNGAN BERSAMA
**************************************************************************
Sejarah sosialnya hidup mesti berkawan. Berkawan mengajar kita erti  sikap terbuka, lapang dada, tenang dan membenarkan adanya perbedaan pendapat. Hikmahnya dari riwayat Al-Baihaqi  dalam hadits  dari Ibnu Abbas berbunyi::

Maksudnya: "Perbedaan di antara sahabatku bagi kamu adalah suatu rahmat. "

Oleh itu, hendaklah sama-sama kita terima dan jangan dijadikan isu sensitif menjurus kepada persengketaan.
**************************************************************************

Bila sampai awal dan tiada rancangan kayuh jarak jauh sebab semalamnya telah menawan Gunung Antu (bukan Bukit Antu) untuk kayuhan sejauh 75km berbukit-bukit semata-mata , kami lepak di simpang tiga menunggu kawan-kawan kayuhan yang lain.

Kami bertindakan sebagai motivator, racun dan pembakar semangat kepada kawan-kawan yang fobia apabila melihat bukit terutama Genting Peras ni. Ada yang hanya kayuh daki Genting Peras tidak sampai 50 meter berpatah balik disamping ada yang hanya sampai simpang tiga dan terus kayuh balik.

Wujud rasa hormat kepada Encik Ramli berbaju merah dan berseluar track suit biasa dalam gambar ni kerana beliau adalah orang baru dan pertama kali  beliau hanya mengayuh basikal besi biasa sahaja. Bulan lepas, saya lihat beliau berjaya menawan Genting Peras dengan hanya mengayuh basikal besi dengan 21 kelajuan sahaja. Hari ni kami lihat beliau menunggang basikal jenama GIANT. Saya tanya "bang...body basikal baru yek"...beliau jawab "abang saya punya...nampak tergantung je saya pakai la".... Betula kata orang  tua-tua "dimana ada usaha disitu ada kejayaan"...



Dari kanan Encik Ramli, Is, Redzwan dan Amiruddin..

 Dah sebulan meter basikal Haji Rosli "lari setting"...jumpa kami tekan...tekan...tekan...tiba-tiba elok lak...


 Bagi sokongan ...tekan-tekan-tekan meter...set semula

 Member tanya...dah ok lom tu...

 Encik Ramli terkejut melihat Otai Is memecut panjat bukit simpang tiga Kg. Jawa - Tekala - Peras...dengan basikal barunya jenama CUBE...

Hormat kepada semangat abang Rosli, sanggup datang dari Shah Alam demi sukan kayuhan. Tapi itula, inila kali pertama mulakan kayuhan sejak cuti kayuh dibulan puasa tempohari. Lamaaaa tu.... bang.

Gaya ahli sukan ...En. Azhar (Ampang) dan En. Rosli (Shah Alam)

Encik Azhar

 En. Azhar



No comments:

Post a Comment