Sunday, 27 May 2012

SELAMAT DATANG UMNO BAHAGIAN JELEBU

Papan tanda SELAMAT DATANG UMNO BAHAGIAN JELEBU adalah terlalu sinonim dengan puncak Genting Peres kerana terletak  tepat di garis pusat pertemuan antara Genting Peres dan Bukit Titi. Menjadi pusat pertemuan peminat sukan kayuh basikal untuk bertukar pandangan dan pendapat.  Tempat pertemuan peminat sukan basikal golongan muda dengan Junior veteran dan senior veteran.

Genting Peres terletak bersempadanan antara Hulu Langat, Selangor dengan Jelebu, Negeri Sembilan. Mempunyai ketinggian melebihi 500 kaki dari paras laut dan merupakan laluan Letour de Langkawi. Kawasan persekitaran Genting Peres menjadi kawasan latihan peminat sukan basikal kerana bentuk muka buminya yang pelbagai dan sesuai untuk membina stamina, otot dan jati diri individu pengayuh.

Bukan niat untuk membanggakan ketinggian 500 kaki dari paras laut ini kepada pembaca, tetapi inilah hakikat ketinggiannya yang menjadi kegemaran penggemar sukan basikal. Pada penggemar sukan basikal yang ingin merasai fizikal Genting Peres di jemputlah hadir untuk menikmatinya. Kawasan Hulu Langat adalah kawasan perangin juga pelancungan maka penginapan bukanlah satu masalah. Banyak disediakan homestay di kawasan persekitarannya. Untuk bantuan dan maklumat sila email GDM'Langat di:  tokpenghuluperez@gmail.com.

Selamat Datang UMNO Bahagian Jelebu
(Ibrahim Ishak)


 Sedondong


 Bianchi Oltre


(Dari kiri)  Amir, Redzwan dan Encik Halil


(Dari kiri) Redzwan, Kadir (Sifu) dan Amir di Gerai Laksa Buyung

No comments:

Post a Comment