Sunday, 31 July 2011

KAYUHAN SEMENYIH

Pada awal ambang Ramadan 31 Julai 2011, kami membuat kayuhan 104km dari batu 14 melalui Batu 18, Kampung Jawa ke Semenyih. Percubaan kayuhan pada 30 Julai 2011 gagal disebabkan hujan renyai-renyai sehingga ke tengahari. Kayuhan pada 30hb Julai terpaksa dibatalkan walaupun kami telah sampai di persimpangan Semenyih di Genting Peras. Pada hari tersebut juga, aku dua kali terjatuh dari basikal akibat gagal menanggalkan "CLEAT" kasut yang tersekat pada pedal. Aduhh...sakitnya bukan kepalang. Bertambah sakit di hati bila melihat "seat" basikal Xmission aku terkoyak teruk.

Selain "seat" koyak, baju pun koyak, kasut Time RXI calar-calar, pedal shimano 105 calar, pembalut handlebar terkoyak dan meter CATEYE Strada rosak. Memang cukup tersiksa rupanya bila jatuh basikal dengan kaki masih terlekat pada pedal basikal.

Kayuhan pada 31 Julai 2011 dimulakan dengan kayuhan memanaskan badan di batu 14 Hulu Langat sejauh 5 km.

Aktiviti memanaskan badan

Kayuhan 20km pertama mengambil masa dalam 30 minit ke destinasi simpang Genting Peras dan Semenyih.


Mendaki di simpang Genting Peras - Semenyih

Di simpang Peras kami terserempak dengan seorang pengayuh yang tercicir dari kumpulannya akibat pemegang RD Derailleurs patah semasa kayuhan mendaki Genting Peras.


Basikal jenama BH yang patah pemegang RD Derailleurs

 Terpancar  kekecewaan di wajahnya

Selepas bersembang dan membantu rakan tersebut , perjalanan kami tergendala 15 minit kerana terpaksa menukar tiub basikal GIANT TCR3 Compact Road  milik Angah yang tiba-tiba bocor.

Tergendala 15 minit

Perjalanan diteruskan menghala ke Semenyih, walaupun terdapat ajakan dari rakan-rakan kayuhan yang lain agar kami mengikut mereka mendaki Genting Peras.
Memanaskan badan semula sebelum mendaki ke Semenyih

Meneruskan kayuhan 6 km lagi ke Sungai Tekala

Dalam perjalanan  ke Sungai Tekala terdapat sampah sarap yang majoritinya adalah kulit durian dibuang semberono di laluan kiri dan kanan jalan tersebut.

Sampah sarap bersepah di atas jalan


 Menuruni bukit di kawasan penempatan orang asli empangan Semenyih
(Kelajuan menuruni bukit ini tanpa kayuhan sekitar 65km/j)


 Mendaki bukit berdekatan rumah pam air empangan semenyih


Berhenti makan di kawasan rekreasi Sungai Tekala. Nasib lemak di gerai ini terhad "siapa dulu dia dapat"...



Makan dan minum Horlick - Along dan Angah

Sambil makan sambil membanding-bandingkan jenama kasut Time dan Power...

Kasut Time dan Power

Basikal mahal di jadikan mangsa tempat gantung helmet
 Berkilat dan memancar - mancar

Giant kotor dek hujan

Sifu (orang lama) memberi petua kayuhan teknik bulatan

Geram...buah jambu air lebat dan segar ..tapi orang punya

 Mendaki dalam perjalanan pulang


 Sama kelajuan dengan dakian sebuah proton lesen "P"



Mendaki lagi...

...dan mendaki lagi


...dan dah sampai....LEGA

No comments:

Post a Comment