Saturday, 26 May 2012

KAYUHAN PUTRAJAYA (P14) - CYBER -JENDERAM-LIMAU MANIS-ALAMANDA-PUTRAJAYA (P14) :- 80KM

Jenderam terletak di mukim Dengkil dalam daerah Sepang , Selangor. Jenderam terdiri dari kampung Jenderam Hilir dan Kampung Jenderam Hulu termasuk dalam kawasan Jenderam. Jalan raya Jenderam berbukit bukau dan amat sesuai untuk latihan kayuhan basikal. Sesiapa yang belum mencuba...eloklah mencuba

Gambar laluan kayuhan tidak dapat dipaparkan kerana penulis blog sibuk layan derita sakit belakang kerana "setting" basikal baru yang tidak tepat. Bayangkan derita mengayuh dengan sakit belakang di laluan P14-cyber-salak-jenderam-Limau manis-alamanda- P14 sekitar jarak 80km.

Sesungguhnya hilang taring Penghulu Peres pada kayuhan ini. Beza 10mm pada stem mengundang bahana sakit pinggang, yang mana kayuh berdiri pun sakit, kayuh duduk pun sakit, turun bukit pun sakit....last2 kayuh duduk atas palang sahaja lah.

Nasihat saya, sekiranya anda baru membeli basikal baru, jangan terus membuat kayuhan jarak jauh sebelum anda betul-betul pasti "setting" basikal tersebut 100% menepati fizikal anda.

P14

Sangat ringan
Panaskan badan




Gambar berkumpulan sebelum memulakan kayuhan
Muda-muda diaorang ni...

Makan di restoran Haji Tapah presint 14 putrajaya

No comments:

Post a Comment