Ahad 10/6/2012 - Menghadiri majlis jemputan kenduri kahwin Encik Ramli di perkampungan Sungai Lui. Ramai hadirin yang hadir dan makanan pun sedap. Di sini kita dapat menikmati keramahan dan budi bahasa tuan rumah berbanding majlis perkawinan orang "berada" yang hanya menghantar wakil meraikan kehadiran kita sebagai jemputan.
Di majlis ini kereta besar, kereta kecil dan pejalan kaki di raikan secara sama rata dan makan di bawah khemah yang sama, beralas meja yang sama warna dan makanan pun dari hidangan yang sama.
Pakaian untuk majlis perkawinan orang kampung juga bebas, tiada protokol kecuali kita perlu berbudi bahasa, beradap sopan mengikut adat dan agama Islam.Memang tersangat selesa bila menghadiri majlis-majlis jemputan dari masyarakat kampung.
Makanan juga tiada unsur was-was kerana dimasak secara gotong royong, orang jawa cakap "rewang" dan orang kedah cakap "berderau".
Terima kasih abang Ramli sekeluarga kerana menjemput kami....sesungguhnya kami GMD'Langat amat bersyukur dengan jemputan ini....Alhamdulillah

Encik Melayani Tetamu hingga ke meja makan |
Rumah kampung asli...berbentuk minang
Amiruddin Shah menjamu selera
Khemah jamuan...
No comments:
Post a Comment