Ahad 17/6/12 - Kami menemani tuan-tuan haji menawan bukit Antu dan Peres. Bermula jam 7.30 pg bertolak dari bt 14 menghala ke kawasan perindustrian sg.makau-titiwangsa-tekali-bukit hantu-bukit donglai-genting peres-bt 18-bt 14. Suasana pagi nyaman sejuk berkabus dan udara segar membuatkan kayuhan menjadi ceria.
Bukit Antu mempunyai kecerunan pendakian melebihi 45 darjah dengan jarak pendakian sejauh 4 km. Sebahagian pengayuh hanya mampu mengayuh pada kelajuan 5 - 7 km sejam. Di sini ramai yang membuat fakta bahawa menggunakan "groupset compact" adalah lebih mudah berbanding penggunaan "groupset standard". Namun pada pemerhatian saya, ramai yang menggunakan "groupset compact" tercicir dan tidak kurang ramai yang menolak semasa aktiviti mendaki bukit Antu.
Saya suka memetik beberapa pendapat pengayuh kebangsaan yang telah bersara menyatakan bahawa peralatan hanya membantu 30% sahaja dan selebihnya adalah kudrat dari individu pengayuh sendiri. Sekiranya fizikal kita sihat, mantap dan membuat latihan mengikut disiplin maka Bukit Antu bukanlah satu beban semasa mendaki.
Berkumpul di puncak Bukit Antu...
Berkumpul semula dengan kumpulan pengayuh dari bt. 18 di simpang Genting Peres sebab bukan semua pengayuh sanggup mendaki bukit Antu...
Berkumpul semula di puncak Genting Peres....

Ibrahim, Tuan Haji Madi...
Berkumpul semula dengan kumpulan pengayuh dari bt. 18 di simpang Genting Peres sebab bukan semua pengayuh sanggup mendaki bukit Antu...
Berkumpul semula di puncak Genting Peres....
Amiruddin Shah, Zamri, Redzwan Shah
Bersama Encik Zamri dari Kumpulan Bianchi
Tuan Haji Madi menyampaikan sesuatu...
No comments:
Post a Comment