Harap tiada yang salah sangka dengan panggilan To'Penghulu Peres. Ini hanyalah nama timang-timangan atau jolokan kerana kesetiaan saya bersukan basikal di Genting Peres (Peras). Saya amat teruja bersukan basikal mendaki Genting Peres setinggi 510 meter dari paras laut juga laluan broga.
Menghargai jolokan dan timang-timangan yang diberi maka saya dengan ikhlas begitu akrab dengan panggilan ini. Apa yang membuatkan saya setia dengan kawasan kayuhan sekitar peres ialah alam semulajadinya yang masih asli seperti mata air semulajadi, unggas, udara yang nyaman dan tiada kesesakan lalulintas seperti dikawasan kayuhan yang lain.
Sesiapa yang berminat untuk membuat kayuhan di sekitar Genting Peres untuk pertama kali boleh email saya untuk sebarang bantuan ibrahim.3g@gmail.com atau lawati facebook saya di https://www.facebook.com/ibrahim.ishak
....SEKIAN TERIMA KASIH....
No comments:
Post a Comment