Sunday, 2 September 2012

BUKIT ANTU JANTAN LOOP

02/09/2012 - Jam 7.45 pagi bertolak dari Dewan Dato' Nazir Batu 14 menghala ke Bukit Antu Jantan melalui laluan Batu 18 - Kampung Jawa - Simpang Peras - Genting Peras - Bukit Donglai - Bukit Antu Jantan dan seterusnya menghala ke Batu 14 melepas kawasan perindutrian Sungai Macau.
 
Data laluan Bukit Antu Loop
 
 
Jarak laluan hanyalah 52.81km sahaja depan purata kelajuan 25.8km/j dengan pendakian bukit 651 meter dari paras laut. Kelajuan maksimum pada kawasan yang agak mendatar ialah 60.1km/jam. Terdapat 2 orang dalam kumpulan yang tercicir pada 25km pertama dan terpaksa berkumpul semula di simpang Peras.
 
Ekspedisi kayuhan kali ini disertai oleh Veotpedale dari Raub, Nusaputra, dua orang Doktor HUKM, Man kaki besi.
 
 Bergambar di Simpang Peras
 



 Bergambar di Puncak Peras - 510 Meter dari Paras Laut






 
 
Menikmati 100 plus ditaja oleh To'Penghulu Peras

No comments:

Post a Comment