Saturday, 29 September 2012

BUKIT TINJAU - GENTING PERAS

30 September 2012 - Membuat kayuhan dari Bukit Tinjau ke Genting Peras sejauh 58.07 km dengan catatan masa 2 jam 13 minit dan 55 saat, purata kelajuan 26.0km sejam, ketinggian minima 32 meter dari paras laut dan minima ketinggian 542 meter dari paras laut. Pembakaran kalori sebanyak 1.294 kal dengan purata suhu 24.8 C, jumlah "strokes" kayuhan 8,452 kali.
 
Bertukar tukar fikiran di puncak Genting Peras 
 

 Great bottle ...huhuhu
 
 Bianchi Oltre - Met Black (beautiful and stiff)
Muscle bike
 
Sembang-sembang lagi...

BUKIT TINJAU - BUKIT ANTU LOOP

29/09/2012 - Membuat kayuhan Bukit Tinjau - Bukit Antu Loop melalui batu 14 - batu 18 -Donglai - Bukit Antu - Batu 14 - Bukit Tinjau sejauh 38.5km dengan catatan masa 1 jam 38 minit dan 06 saat pada purata kelajuan 23.3km sejam dengan minima ketinggi 54 meter dan maksima ketinggian 421 meter dari paras laut dengan pembakaran kalori sebanyak 885 kal bersamaan jumlah "sroke"  5376 kali.
 
Simpang Tekala - Genting Peras - Bukit Antu 
 
Kaki Bukit Antu

Friend of mine (Mr. Scott Robert from Canada) 
 
Air terjun Bukit Antu 
 
Puncak Bukit Antu (hanya 421 meter dari paras laut - tapi datanglah cuba dulu) 
 
 Jernih dan mineral semulajadi
 
Video air terjun Bukit Antu 
 
 Pemandangan puncak Bukit Antu - jam 9.55 pagi
 
3 kilo meter sahaja dari kaki bukit antu tapi mencanak dakiannya
 
 

Sunday, 23 September 2012

MTB DI GENTING PERAS

23-09-2012 - Membuat kayuhan MTB sejauh 32.12km di Genting Peras pada purata suhu 23.3 C pada ketinggian puncak 520 meter dari paras laut dan pembakaran kalori sebanyak 900 k. Penggemar sukan basikal akan memahami bagaimana situasi mengayuh MTB standard yang berat tanpa muatan ialah 12.5kg, bertayar besar dan groupset dicipta bukan untuk bukan situasi memecut.

Kadang-kadang MTB ni berjaya juga TAPAU segala "roadbike" yang mahal-mahal dan antaranya ialah jenama itali. Ini merupakan satu indikator bahawa peralatan basikal hanyalah 30% membantu dalam kayuhan dan selebih 70% lagi adalah kudrat dan teknik latihan individu penggemar sukan basikal itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, janganlah terpengaruh dengan dakyah versi basikal terbaru dalam pasaran, cukuplah sekadar menggunakan jenama polygon dengan harga mampu sekiranya anda benar-benar berminat untuk menceburi sukan basikal. Untuk membina stamina, kekuatan otot dan kelajuan, anda jalanilah rutin latihan secara disiplin disamping menjaga pemakanan dan sebaik mungkin elakkan makan berminyak atau makanan segera.



Amir dan Redzwan

MTB - Silverback

Bersama sebahagian ahli kumpulan kami "GMD'Langat Cycling club"

 

Saturday, 22 September 2012

JOGING

21 September 2012 - Minat untuk berjoging tiba - tiba datang semula. Stamina masih ada tetapi pace berkurangan. Hanya mampu membuat larian 1.17km pada catatan masa 07 minit 48 saat. Purata pace pada 6:42 min/km. Purata kelajuan pada 8.97 km/jam. Pembakaran kalori sebanyak 93 cal. Larian mendaki 24 meter dari paras laut.



Selepas bersembang dengan rakan-rakan saya menyambung semula larian sejauh 3.43km dengan catatan masa 30 minit 40 saat, purata kelajuan 6.71 km/h, purata pace 8.57 min/km, larian mendaki pada 74 meter dari paras laut dan pembakaan kalori berlaku sebanyak  254 cal.

 

DONGLAI

22 September 2012 - membuat kayuhan sejauh 31.97 km sekitar Donglai. Bukit tertinggi di Donglai ialah 176m. Berjaya membuat purata kelajuan pada 28.1 km sejam. Pembakaran kalori sebanyak 742 Cal. Suhu pada 25 C. Purata "cadance" pada 72 rpm dan maksima "cadence" pada 120 rpm. Purata kadar degupan jantung pada 127 bpm.






 

Thursday, 20 September 2012

STATISTIK 14 SEPT - 21 SEPT 2012

Statistik adalah seperti berikut :

    i. Malaysia     - 181
   ii. US                -  14
  iii. German        -    6
   iv. Poland         -    2
    v. Netherlands -    1

 

Monday, 17 September 2012

TERENGGANU KITA SEMPENA TCR - 2012

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan, manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang.
 
Keluasan negeri Terengganu sekarang kira-kira 1,295,638.3 hektar / 1.295,512.1 hektar. Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari utara ( Besut ) ke selatan ( Kemaman ). Sebelum tahun 1947 terdapat sembilan daerah di Terengganu ; Kuala Terengganu, Kemaman, Kemasik, Paka, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Besut Dan Setiu. Daerah dalam Negeri Terengganu dikurangkan kepada enam: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu Dan Besut. Kemudiannya pada 1 januari 1985, sebuah daerah baru iaitu Setiu telah dibentuk dan menjadikan ketujuh di negeri Terengganu. Tiap-tiap daerah ini di tadbirkan oleh Pegawai Daerah. Keluasan daerah tersebut : Kuala Terengganu,60,654.3 hektar ; Kemaman, 253,559.9 hektar ; Dungun, 273,503.1 hektar ; Marang, 66,654.3 hektar ; Hulu Terengganu, 387,462.6 hektar ; Setiu, 130,436.3 dan Besut, 123,367.8 hektar. Penduduk Terengganu bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 1912 penduduk Terengganu berjumlah 153,765 orang. Pada tahun 1951 seramai 236,300 orang. Seterusnya meningkat lagi pada tahun 1959 ke angka 278,147 orang dan tahun 1960 seramai 306,942. Pada tahun 1963 berjumlah 339.816 orang dan pada tahun 1970 berjumlah 405,751 orang. Jumlah seterusnya meningkat pada tahun 1990 ke angka 756,300 orang. Kini (1998 ) penduduk Terengganu kira-kira 1 juta orang. Daripada jumlah ini 90 peratus adalah orang Melayu dan bakinya terdiri daripada orang Cina dan India.
Ibu negeri Terengganu ialah Kuala Terengganu. Kegiatan utama ekonomi ialah perikanan. Hasil petrolium menguatkan lagi ekonomi negeri.
 
 
 
 
Sempena kempen melawat Terengganu tahun 2013, kerajaan negeri Terengganu menganjurkan "TERENGGANU CENTURY RIDE 2012". Kayuhan ini melingkungi jarak sejauh 160km pada 16 September 2012.
 
 
Kebetulan saya mendaftar untuk menyertai "TERENGGANU CENTURY RIDE 2012", dan mengambil kesempatan melawat sekitar bandar terengganu. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu berjarak melebihi 400km sehala dengan kos minyak sekitar RM230 pergi dan balik dengan kenderaan berkuasa 2.7cc. Kenderaan banyak mengunakan kuantiti minyak semasa memasuki cerating ke Terengganu kerana laluan 2 lorong ini agak sesak di waktu percutian sebegini, manakala apabila memasuki lebuhraya kuantiti minyak adalah normal malah lebih jimat dari kenderaan berkuasa bawah 2.7 cc.


Bersama ini diabadikan gambar - gambar yang sempat dirakamkan semasa melawat Terengganu sempena "TERENGGANU CENTURY RIDE 2012".


Kawasan tempat letak kereta Payang 

Penyu bertelur 

Beca pasar Payang 

Pasar lambak Payang 
 
 
Terengganu Water Front....
 
 






 
Syurga keropok lekor Trengganu di Losong

 


Masjid Geliga, Kemaman...





 
 
Satar Kemaman....
 

 
 Laut Terengganu...
 


 
 


TERENGGANU CENTURY RIDE 2012

16 SEPTEMBER 2012 - Menyertai acara kayuhan Century Ride Malaysia di Terengganu sejauh 160km sempena sambutan  Hari Malaysia dan juga Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2013. Acara ini merupakan anjuran bersama kerajaan negeri Terengganu dan Persatuan Lumba Basikal Terengganu dan diuruskan oleh Pedal Explorer. Disertai oleh pelbagai Kelab Basikal dari seluruh Malaysia, Singapura dan juga Thailand. Laluan menarik, terdapat sedikit pendakian, dipenuhi kehijauan hutan dan ladang kelapa sawit dan juga laluan pantai yang berangin pada 20km terakhir.

 
 
Gerbang permulaan dan tamat perlumbaan
 
Kekangan untuk mencipta masa ialah pada keadaan laluan berturap yang tidak sempurna. Terdapat terlalu banyak laluan yang berlubang, retak disamping berhadapan dengan segelintir pengayuh yang kurang disiplin semasa berkayuh dengan tidak memotong tanpa adab dan disiplin kesukanan. Gelagat ini membahayakan pelumba lain dan basikal penyerta lain ternyata mahal harganya.

Saya hampir 3 kali menghadapi suasana cemas kerana ada pengayuh yang memotong secara "potong sayur" dan hampir melanggar roda basikal hadapan saya. Begitu juga semasa berada dalam peloton yang berkayuh pada kelajuan 42km sejam tiba-tiba ada pengayuh yang menyelit masuk di hadapan yang bukan dalam peloton kami dan terus dengan selamba mengayuh pada kelajuan 25km sejam, ketawa berdekah dekah bersama rakan-rakannya dan terus dalam keadaan begitu. Tindakan pengayuh ini membuatkan kami tertinggal dari peloton tersebut dan usaha untuk mengejar peloton tersebut menjadi sia-sia kerana saya terpaksa mengayuh pada kelajuan melebihi 42km sejam untuk berada semula dalam peloton tersebut.

Semasa mengayuh di laluan TCR 2012, saya melihat pihak PDRM yang terlibat terpaksa mengambil tindakan tegas memberhentikan lori muatan panjang seperti trela yang memandu laju di laluan tersebut membuatkan pengayuh terhoyong hayang dibuai angin kenderaan berat tersebut. Memandu sedemikian membahayakan pelumba yang menggunakan laluan tersebut berkeadaan 2 lorong dengan tepi jalan yang tidak rata memaksa pelumba terpaksa menggunakan laluan tengah jalan untuk mengelak kerosak pada "wheelset" yang harganya mencecah RM4000 ke atas.

Dalam segala kekangan ini, saya berjaya menamatkan perlumbaan pada kedudukan 62 dalam senarai kategori saya pada masa 5 jam 25 minit. Agak hampa tetapi apabila melihat golongan usia lebih muda dari saya menamatkan perlumbaan pada jam melebihi 7 jam, maka bersyukur kerana masih termasuk dalam kategori kuat dan sihat.
 
Wajah saya di garisan penamat (Ibrahim Ishak)

 Selepas tamat kayuhan baru sedar Garmin edge 800 tak berfungsi (sakit hati)


Khemah minuman selepas tamat kayuhan

Puas...hemm manisnya medal ni...


Sijil dan Medal