Atas sebab ingin terus menjaga stamina kayuhan maka kami memutuskan untuk membuat kayuhan sehari sebelum Hari Raya Haji iaitu pada 5 November 2011. Cadangan kami membuat kayuhan melalui kawasan berbukit menghala ke Sungai Tekala. Tanpa disangka terdapat ramai juga kumpulan kayuh basikal yang mengambil kesempatan cuti sabtu untuk membuat kayuhan di laluan Sungai Tekala. Dalam kayuhan ini saya mendapat seorang kawan baru dengan nama jolokan KING MAROL.
King Marol ni kecil je orangnya tapi boleh tahan stamina dan kayuhannya. Kalau rajin berlatih ada harapan untuk masuk pertandingan basikal. Rupa badannya sebaya je dengan remaja usia belasan tahun. Lihatlah sendiri beliau yang berbaju putih dengan basikal trek merahnya.
Bila direnung gambar ini, barulah saya faham kenapa sukan ini dipopularkan oleh mereka yang berkulit hitam. Rupa-rupa mereka ini asal berkulit putih tetapi atas faktor berjemur bawah cahaya matahari, kulit mereka bertukar menjadi hitam.
King Marul tu mmg tahap dewa gunung dah tu abg Brahim :)
ReplyDeleteTak lama lagi bakal jadi Dewata gunung la tu...
DeleteEn King Marol ni memang idola kitaorg... :p
ReplyDeleteKing umpama permata dalam geng GSM...dan ada juga berlian-berlian seperti Reduan dan Naza
Delete