Monday, 14 November 2011

HUJAN

Pada 12/11/2011 latihan untuk kayuhan bukit bermula pada jam 7 pagi untuk mengelak panas terik matahari. Selepas kayuhan 15 minit untuk jarak 12km tiba-tiba hujan turun renyai-renyai. Dilemma dalam fikiran kerana keputusan  hendak berpatah balik pun tiada tempat berteduh dalam perjalanan. Keputusan nekad ialah meneruskan kayuhan mendaki. Sampai disimpang tiga Peras tiba terdengar bunyi "krasssssssssss bommmmm" dan "kebommmm". Rupa-rupa sebuah motosikal suzuki Kapcai terbabas kerana ditunggangi secara laju memasuki longkang di selekoh dari tekali. Kami membantu mangsa kemalangan terlibat dan mendapati mereka adalah pasangan lelaki Pakistan/Bangladesh dengan wanita Indonesia. Tidak pasti samada mereka pasangan kekasih atau suami isteri. Kuat juga kemalangan tersebut sehingga menyebabkan wanita Indonesia tersebut tercampak 6 kaki ke dalam hutan paku pakis. Mangsa kemalangan hanya mendapat luka dan calar sahaja.

Selepas membantu kami meneruskan latihan kayuhan mendaki bukit pada kadar kelajuan 21 - 25km/j. Tiba-tiba tanpa disangka hujan mencurah seperti air tercurah dari baldi, nasib baik ada pokok rendah dikawasan bukit tersebut untuk kami menumpang teduh se-ala kadarnya.



Walaupun basah lencun tetapi sesi latihan kayuhan mendaki ini agak selesa kerana iklim yang sejuk dan dingin.

No comments:

Post a Comment