Sunday, 20 November 2011

INDAHNYA ALAM SEMULAJADI

Alam semulajadi adalah anugerah yang tidak ternilai untuk dikekalkan oleh manusia kepada generasi masa depan.Adalah menjadi tanggungjawab kepada setiap manusia untuk mengekalkan keindahan yang sedia ada, kerana kemusnahan atas apa alasan sekalipun tidak akan dapat mengembalikan kesemulajadian alam yang telah hilang. Bagi yang terlalu sibuk mengejar laba dunia, sekali-sekala turunlah untuk menikmati keindahan alam semulajadi yang kadang kala berada di belakang rumah sahaja atau dipersekitaran komuniti anda atau hanya pada jarak perjalanan yang tidak sampai 30km dari kediaman anda, agar anda tidak terlanjur menandatangani konsesi pembangunan yang bakal memusnahkan segala keindahan.

Air terjun bukit Peras, Hulu Langat, Selangor


Berehat dan menikmati keindahan air terjun Peras...


Laluan kayuhan basikal melalui air terjun semulajadi Peras....
(kasihan jurufoto tidak termasuk dalam gambar yang diambil)


Timbul pertanyaan apakah keindahan ini akan kekal untuk jangka masa 5 ,10, 15, 20 ..... lagi. Apakah generasi akan datang masih dapat menikmati keindahan semulajadi seperti ini. Perlu diingat, bahawa teknologi  rekreasi buatan manusia  tidak dapat menandingi keindahan semulajadi kerana kesemulajadian menjanjikan ekosistem alam terpelihara dan secara tidak lansung menjana keseimbangan perjalanan alam disamping membekalkan kandungan oksigen yang berkualiti kepada manusia dan makhluk lain yang berkongsi alam ini.

Memang yang patah akan tumbuh dan yang hilang akan berganti....tetapi yang tumbuh dan berganti itu  tidak                 akan sama dengan yang telah hilang itu....

No comments:

Post a Comment