Kayuhan mendaki Bukit Peras dilakukan sebanyak dua kali. Kayuhan hari Sabtu agak memenatkan namun apabila berjumpa kawan dengan nama jolokan King Marol semangat pulih semula dan mengambil keputusan untuk mengikuti kayuhan beliau ke Sungai Tekala sejauh 12km berbukit - bukit pergi dan balik. Akhirnya dapat menyempurnakan kayuhan hari Sabtu sejauh 73km - laluan berbukit-bukit.
Saya agak ketinggalan dibelakang kumpulan ini kerana membantu sebagai leader kayuhan kepada peserta MTB Langat Challenge yang begitu kepenatan. Secara kebetulan semasa sampai di simpang Sungai Gabai, saya memecut mendaki bukit landai pada kelajuan 37km sejam dan tiba-tiba terdengar panggilan "bang...tolong kayuh 30km sejam je...sebab mountain bike kami boleh 30 je...kami penat dan nak tumpang di belakang abang"...

Saya pun mengayuh sekitar 30km sejam dan sekali sekala menyakat peserta MTB Langat Challenge dengan mengayuh pada kelajuan 37km sejam. Hihihi...memang mereka ketinggalan...kesian...kemudian saya memperlahan kelajuan pada 30km sejam sehingga ke jambatan batu 18, Hulu Langat, Selangor.
Kepada perserta tersebut sekira membaca blog ini, maka saya adalah leader (jurufoto dan penulis blog ini) kamu pada ketika itu. Hubungi saya di: ibrahim.3g@gmail.com untuk memanjang silaturahim.
Kepada perserta tersebut sekira membaca blog ini, maka saya adalah leader (jurufoto dan penulis blog ini) kamu pada ketika itu. Hubungi saya di: ibrahim.3g@gmail.com untuk memanjang silaturahim.
(dari kiri) King Marol, Redzuan Ahmad dan Naza berehat dipuncak Bukit Peras
Menyertai King Marol, Redzuan Ahmad dan Naza selepas kayuhan kali kedua mendaki Bukit Peras
Kayuhan hingga ke Sempadan UMNO Bahagian Jelebu, Negeri Sembilan
Wajah jurufoto merangkap penulis tiada dalam gambar
Bergambar beramai-ramai - Sempadan Selangor/Negeri Sembilan
No comments:
Post a Comment