April 2012 - Kayuhan dilakukan bersama Amiruddin Shah memandangkan Redzwan Shah tidak dapat pulang setiap hujung minggu kerana mengikuti kuliah, latihamal dan kertas kerja universiti. Namun begitu latihan perlu diteruskan sebagai persediaan Ipoh Century Ride 2012 pada 15 Julai 2012 di Kinta River Hotel, Ipoh sejauh 160km.
Amiruddin Shah dan Saya
Pencapaian prestasi latihan kadangkala bergantung kepada mood dan kesihatan fizikal dan organ dalaman. Untuk mengekalkan prestasi kayuhan disiplin pemakanan perlu diberi perhatian rapi. Makanan berminyak, pedas dan berkalesterol tinggi perlu dielakkan disamping mengelakkan makanan yang boleh menjana gas/angin dalam badan. Makanan berangin boleh menyebabkan sengal pinggang dan menggangu prestasi kayuhan.
Latihan mendaki bukit curam, bukit sederhana, bukit terkejut, tanah rata dan berbukit-bukit diberi perhatian untuk membiasakan kepada pembinaan otot, mental dan stamina. Purata kayuhan 25km/j ditetapkan sebagai piawaian mendaki dan minina 30km/j ditetapkan untuk kayuhan yang pelbagai (tanah rata + berbukit-bukit).
Kayuhan dari Batu 18 ke simpang Genting Peres terkenal sebagai kawasan fizikal mendaki yang landai. Sebaik mungkin kami mengekalkan kayuhan purata 25km/j.
Purata 25km/j - Bt 18 - Simpang Genting Peres
Kayuhan yang pelbagai fizikal dikekalkan piawaian purata minima 30km/j
No comments:
Post a Comment