SABTU (7/4/2012) - Jam 8.00 pagi, sekumpulan terdiri dari Ibrahim, Shamrulismawi, Syaful, Hadrey, Syamsul, Amiruddin Shah melakukan kayuhan Broga Jantan bermula dari Taman Rekreasi Sg. Tekala - Semenyih - Broga - Lenggeng - Bukit Tangga - Kuala Klawang - Kampung Poum - Bukit Titi - Peres - Tekala.
Di hentian Sungai Tekala (dari kiri) - Syaful, Syamsul, Shamrulismawi, Hadrey, Amiruddin Shah
Di hentian Sungai Tekala (dari kiri) - Syaful, Syamsul, Shamrulismawi, Hadrey, Amiruddin Shah
Di hentian Sungai Tekala (dari kiri) - Syaful, Syamsul, Shamrulismawi, Hadrey, Ibrahim
Broga Jantan menjanjikan nikmat kayuhan yang tidak dapat hendak diluahkan melalui perasaan. Namun gambar-gambar yang dirakamkan menceritakan segalanya. Broga Jantan menguji kekuatan diri dari segi stamina, mental, kuatan fizikal dan kejituan semangat berkumpulan.
Powerbar..
Broga Jantan menjanjikan kawasan pendakian yang memang amat mengujakan. Pendakian bermula dari laluan hadapan Universiti of Nothingham yang agak landai sehingga ke ladang arnab (Rabbit Farm), kemudian melalui kawasan berbukit-bukit pendek sehingga ke pekan Lenggeng.
Kawasan Universiti Nothingham
Pendakian yang landai
Dari pekan lenggeng anda akan melalui kawasan kampung dengan laluan dua lorong sejauh 3 kilometer sebelum bertemu dengan Bukit Lenggeng yang mempunyai kecerunan yang tinggi. Tanpa jati diri yang tinggi pasti anda akan membuat keputusan untuk menolak basikal semasa melakukan pendakian. Bukit Lenggeng ini bersambung dengan Bukit Mondom 1 dan Bukit Mondom 2. Pendakian yang umpama tiada penghujungnya ini memang menyeronokkan.
Bukit Mondom
Bukit Lenggeng
Selepas menawan Bukit Lenggeng dan saudara kembarnya iaitu Bukit Mondom 1 dan 2, anda akan berhadapan dengan Bukit Tangga di laluan lebuhraya menghala ke Kuala Klawang. Fizikal Bukit Tangga ini begitu curam dan menjanjikan bahang cahaya matahari yang cukup terik. Semasa melakukan dakian Bukit Tangga pemandu kenderaan menunjuk isyarat ibu jari "thumb up" dan hon dalam mempamirkan rasa kagum kepada anda yang berusaha mendaki Bukit Tangga. Dalam pengamatan saya kelihatan kenderaan berat juga merangkak semasa mendaki bukit ini. Menuruni Bukit Tangga juga memerlukan kemahiran kawalan basikal yang tinggi kerana tiupan angin yang begitu kuat mengakibatkan basikal berbuai ke kiri dan kanan.
Bukit Tangga
Jalan agak mendatar dari Bukit Tangga menghala ke pekan Kuala Klawang. Anda boleh melakukan kayuhan pada kelajuan sekitar 35 ke 40 kilometer sejam di laluan ini.
Dari Kuala Klawang menghala ke Kampung Poum anda akan menghadapi jalan berbukit-bukit dengan pendakian biasa yang landai dengan sekali-sekala boleh memecut 35 kilometer sejam. Anda perlu menjimat tenaga kerana masih ada banyak bukit yang perlu dihadapi di hadapan.
Dari Kampung Poum anda akan mula menghadapi situasi laluan berbukit landai sejauh 1 hingga 3 kilometer jaraknya. Anda perlu mengawal emosi dan menjimatkan anda, kerana tenaga masih berbaki sekitar 40% sahaja lagi.
Selepas kampung Poum anda akan bertemu dengan kampung Titi yang terkenal dengan Lata Kinjang. Kampung Titi menjanji kayuhan mendaki tanpa rehat sejauh 13 kilometer jaraknya. Pendakian Bukit Titi ini membuatkan anda tertanya dalam hati "ihhh...belum sampai-sampai lagi" atau "ehhh....bila nak habis ni"....
Semasa mendaki Bukit Titi ini, saya cuba bergurau senda dengan rakan-rakan dalam kumpulan tetapi kelihatannya masing-masing seolah olah tidak mampu mendengar guruan saya dan masing-masing serius melayan perasaan kayuhan masing-masing.
Lagi 4 kilometer untuk sampai ke puncak Bukit Titi yang juga merupakan puncak Genting Peres, saya menyedari 2 orang lagi rakan kayuh tercicir di belakang. Memandangkan kawasan tersebut terlalu sunyi dan risau rakan-rakan dirompak kerana masing-masing menunggang basikal mahal, saya menuruni semula semula sejauh 5 kilometer sebelum bertemu dengan mereka yang tidak mampu lagi meneruskan kayuhan. Saya melihat seorang rakan tersebut mengesat matanya yang merah apabila melihat kelibat saya dihadapannya. Masing-masing menghadapi masalah krem paha dan betis. Saya menghantar sms kepada isteri saya untuk menjemput mereka tanpa pengetahuan mereka. Dalam 20 minit, isteri saya sampai menjemput mereka ke tempat meletak kereta di hentian Sungai Tekala.
Selepas mereka bertolak menaiki kereta, menjadi satu tekanan emosi kepada saya kerana terpaksa mengayuh mendaki ditempat sunyi ini seorang diri. Pelbagai perkara buruk bermain-main di fikiran. Saya berusaha memecut sekitar 15 ke 20 kilometer sejam mendaki sebelum saya menyedari bahawa bekalan air saya kehabisan.
"Aduhh....tanpa air macamana nak kayuh ni"...keluh hati kecil saya. Dalam melayani fikiran yang semakin kusut akibat bekalan air habis....tiba-tiba saya terdengar bunyi deruan air. Saya berhenti untuk menyiasat. "Aduhhh...air rupa"...maka saya pun hulur tangan mengaut air untuk disuapkan ke mulut. Dalam sejarah inilah kali pertama dalam hidup saya minum air dari sebuah longkang. Namun Alhamdulillah...diutuskan air untuk keselesaan saya semasa saya memang amat-amat memerlukan pertolongannya.
Selepas mengisi botol air sebagai bekalan, saya meneruskan sisa kayuhan berbaki sekitar 4 kilometer curam mendaki untuk sampai ke puncak Bukit Titi. Aduhhh...terlalu tingginya 4 kilometer Bukit Titi yang terakhir ni...
Selepas menawan Bukit Titi, saya menuruni Genting Peres dengan kelajuan maksima 66.9 kilometer sejam. Selepas mendaki 4 buah bukit pendek yang tidak kurang tingginya, maka saya pun sampai di Sungai Tekala.
Dalam jangkaan Broga Jantan ini boleh dihabiskan pada pukul 1.30 petang, tetapi disebabkan rakan-rakan menghadapi masalah krem di Bukit Titi, misi berjaya ditamatkan pada jam 3.30petang. Saya berjaya menghabiskan kayuhan berjumlah 121 kilometer iaitu lebih 6 kilometer dari rakan lain kerana berpatah balik mencari rakan-rakan yang tercicir.
Selepas melakukan solat fardhu secara jamak di surau hentian Sungai Tekala dan menjamu anak-anak dengan nasi lemak pucuk paku di gerai yang tersedia, maka saya pun berlepas pulang ke rumah dengan rasa puashati yang tidak terhingga kerana berjaya menamatkan misi ini disamping dapat membantu rakan-rakan yang dalam kesulitan.
Bersama ini dikongsi gambar kami semasa membuat BROGA JANTAN LOOP....
Bertemu dengan kumpulan Abang Din pengayuh dari Seremban
Berkumpul semula di Puncak Bukit Tangga
Menjamu Tuan Shamrulismawi dengan hot dog masakan isteri saya
Dari kiri - Shamrulismawi, Syaful, Syamsul, Hadrey, Amiruddin dan saya Ibrahim Jurufoto
Gaya memasing
Petronas Kuala Klawang
Campur 100 plus dengan Fresh Oren
Minum tongkat Ali
Melayan perasaan masing-masing
Nyonyot...
Penat...
Amboiii....nikmatnya air 100plus + fresh oren
Basikal ...
Banyaknya botol air...
huhuhu...
X cukup Jantan lagi ni sebab skip Bukit Hantu..
ReplyDeleteHari tu saya kena dengan kawan.. start kayuh dari Ampang.. nak balik naik bukit Ampang semula dah x larat.. lembik.. bawa MTB pulak tu..
Saya nubis baru start kayuh rb Bulan Dec ni sy dpt selesai Kan broga jantan. X sangka.Alhamdulllah
ReplyDelete