15 April 2012 (Ahad) - Mengambil peluang membuat kayuhan mendaki Bukit Titi atau dikenali juga sebagai Bukit Putus. Nikmatnya mendaki Bukit Titi ini ialah apabila timbul pertanyaan di hati semasa mendaki iaitu "ishhh...bila nak sampai puncak ni"...atau "Aduhhh....tak sampai-sampai lagi"...atau "Adoiii....menyesal aku ikut laluan ini".
Bukit Titi menjanjikan satu pendakian landai sejauh 13 kilometer. Empat kilometer terakhir untuk sampai kepuncak merupakan satu azab kerana fizikal pendakian yang agak curam. Tetapi untuk profesional kedengaran mereka menyebut..."Ahh...biasa ja tu". Jadi kategori azab yang bakal anda alami bergantung kepada jati diri dan tafsiran diri anda sendiri.
Bukit titi mempunyai pandangan yang menjanjikan kehijauan dan terdapat mini air terjun disepanjang perjalanan.
Bukit Titi berfizikal landai disampai berbukit-bukit , sunyi dan tiada penghuni di sepanjang perjalanan dan sesuai membuat kayuhan secara berkumpulan.
No comments:
Post a Comment