Monday, 19 March 2012

TOLONG MENOLONG DAN BANTU MEMBANTU

10/3/2012 (Sabtu) - Bertemu dengan satu kumpulan basikal menghala ke Broga dari laluan Bt.14 - Bukit Antu - Broga. Dari soalan saya kumpulan ini datang dari Shah Alam, Selangor. Untuk mengeratkan silaturahim saya menemani salah seorang pengayuh bernama Hisham dan beliau memaklumkan 2 orang telah menuruni Bukit Titi dan 2 orang lagi sedang mendaki Genting Peres.

Selepas memberi sedikit tip, beliau menuruni Bukit Titi untuk bersama 2 rakannya di hadapan dan tidak berapa lama kemudian seorang rakannya pun sampai meninggalkan rakan seorang lagi dibelakangnya. Tiba mendapat panggilan telefon menyatakan rakannya kemalangan. Rakannya bergesel dengan pacuan 4 roda di pertengahan mendaki Genting Peres. Kami menuruni Genting Peres bersama "Support Car" mereka untuk membantu. Rakannya hanya mendapat luka kecil di badan dan membuat keputusan untuk meneruskan kayuhan. Tetapi untuk ketika itu dinasihatkan mereka mengejar rakan-rakan dihadapan dengan menaiki lori "pick up" yang bertindak menjadi support car tersebut.

Pemandu "support car" mereka pula memaklumkan mendapat panggilan untuk membantu satu kumpulan 7 orang basikal Avanti yang salah seorangnya telah terlibat dengan kemalangan semasa menuruni Bukit Titi. Sebuah kereta lagi terpaksa diminta datang membantu kumpulan Avanti tersebut.

 Hisham (baju kelabu atas basikal)

(Kiri) ...Hisham, Amiruddin dan Ustaz
Hisham menuruni Bukit Titi menghala ke Broga

No comments:

Post a Comment