25/3/2012 (Ahad) - Kami menjalani latihan kayuhan basikal dari Bt. 18 - Puncak Peres. Sebagai persiapan pada hari Sabtu 24/3/2012 singgah di Roda Link untuk membeli Pro Handlebar Composite Carbon kerana handlebar yang sedia ada telah rosak. Sebenarnya pembelian Pro Handlebar Composite Carbon adalah atas ehsan seorang rakan yang beria-ria untuk menderma kepada saya atas harga RM405.00. (Alhamdulillah...saya bersyukur).
Pro Handlebar Composite Carbon
Berat Pro Handlebar Composite Carbon ini adalah 270g sahaja berbanding berat handlebar sedia ada iaitu 350g. Secara tidak lansung dapat mengurangkan 80g pada basikal ini. Untuk mengurangkan kos, saya memasang sendiri Pro Handlebar Composite Carbon ini di rumah. Tidaklah susah sangat memasangnya, cuma selepas memasangnya FD perlu di laras semula kerana apabila menggunakan "chairing" 39T rantai bergesel dan mengeluarkan bunyi.
Lekuk pada drobbar Pro Handlebar Composite Carbon ini cukup selesa apabila digunakan untuk "sprint". Pada keadaan angin yang kuat saya boleh memecut pada 39km/j untuk jarak 2.5km dengan menggunakan drobbar tersebut.
Bar tengah agak selesa di gunakan semasa mendaki Genting Peres. Saya mampu memecut 18 - 20 km/j semasa mendaki Genting Peres menggunakan "Chairing" 53T. Walaupun kenyataannya berat tetapi kayuhan agak lancar.
Untuk pengetahuan pembaca sekelian, saya menggunakan GIANT TCR3 dengan Crankset Truvative 53/39T dengan kelajuan 8 gear. "Groupset" ini menjanjikan nikmat kayuhan yang tiada lansung gear rehat untuk pengayuhnya. Mengayuh "groupset" ini umpama membawa pacuan 4 roda yang mana gearnya begitu berkuasa untuk menggerakkan basikal tersebut, cuma bergantung kepada stamina pengayuh untuk mengayuhnya.
Untuk makluman pembaca sekelian, "groupset" ini tidak sesuai untuk mendaki kerana ia terlalu berat tetapi ianya amat sesuai untuk kayuhan tanah rata dan pecut. Tetapi saya tidak kisah ketika rakan lain memotong semasa mendaki dengan groupset compact mereka, kerana memang tujuan saya untuk menggunakan groupset "standard" untuk membina otot paha, kaki dan pinggang.
Saya percaya sekiranya kita diberi basikal "high end" dan berat 6.43kg, seperti yang mereka gunakan, kita juga mampu untuk memecut sekitar 30km/j semasa mendaki Genting Peres, malah mungkin lebih hebat dan laju dari mereka kerana latihan kita menggunakan basikal yang jumlah berat keseluruhan termasuk 2 botol air kapasiti 750ml ialah 11kg, perbezaan berat 4.57kg.
Sempadan Selangor - Jelebu Negeri Sembilan
Dibelakang adalah Bukit Titi sejauh 13km dan di hadapan ialah Genting Peres sejauh 12km
kedua-dua bukit ini adalah 500 meter dari paras laut...
No comments:
Post a Comment