Monday, 19 March 2012

BERSILA BERSAMA RAKAN DI PUNCAK PERES

11/3/2012 (Ahad) - Kami mengayuh santai sekitar 30km/j kerana penat mengayuh secara "extreme" pada 10/3/2012 (sabtu) dengan mendaki (pergi dan balik) Tekala - Donglai - Genting Peres (dua kali mendaki dengan purata kayuhan 25 - 28km/j). Kayuhan Ahad ini disertai oleh Tuan Ismail Putera. Tuan Ismail Putera semakin bertambah baik kayuhan mendakinya dan beliau berpeluang meninggalkan saya dibelakang semasa mendaki Genting Peres dan beliau juga ditinggalkan oleh Mohammad Amiruddin si pengayuh basikal Willier Trestina.

Setelah rakan kayuh lain sampai di puncak Genting Peres, kami mengambil peluang bertukar-tukar fikiran dengan penuh santainya bersila di atas puncak Genting Peres.

 Mendengar Ustaz (baju merah) bercerita dengan khusyuk

Ustaz minum sekejap 

 Sambung cerita semula...

 Menyakat abg Azhar (baju biru) yang hanya mahu minum di restoran bt. 14 sahaja...hihihi

 Bersembang pun tak buka helmet...demi keselamatan...hihihi

 Amiruddin (atas basikal) pengayuh paling muda dalam kumpulan ini...

 Telefon rakan kayuh yang tak sampai-sampai ke Puncak Peres walaupun dah dekat 30 minit...

Akhirnya ...keputusan downhill Puncak Peres untuk Ice Kacang dan Mee Udang di Gerai Laksa Buyong

No comments:

Post a Comment