Sebenarnya selepas puncak Bukit Broga terletak gunung Tok Wan sejauh 3.1 km. Untuk sampai ke puncak Gunung Tok Wan pendaki perlu melalui 5 buah bukit, bukit pertama agak denai landai sahaja, bukit kedua dan ketiga agak mendaki dan bukit ke empat dan kelima pendakian agak curam sekitar 47 darjah.
Laluan ke empat dan kelima merupakan laluan air yang berbatu batan yang telah kering. Semasa kami mendaki terdapat ramai kumpulan remaja berpatah balik kerana kekurangan daya tahan untuk mendaki. Terfikir dihati kualiti daya tahan diri remaja sekarang berbanding dengan Mohammad Fazdli yang berusia 5 tahun mempunyai jati diri yang tinggi dan dapat menawan puncak Bukit Broga dan Gunung Tok Wan.
Permulaan tapak pendakian - 3.1km
No comments:
Post a Comment