Sunday, 2 December 2012

TANAH RUNTUH LALUAN KAYUHAN BASIKAL TEKALA - GENTING PERAS, HULU LANGAT, SELANGOR

29/11/2012 - Laluan kayuhan sukan basikal di km 20, Tekala - Genting Peras runtuh akibat hujan lebat yang berpanjang menyebab struktur bukit menjadi lemah. Runtuhan jalan raya tersebut sepanjang 100 meter, menyebabkan semua jenis laluan tidak dapat menggunakan khidmat laluan tersebut. Dalam runtuhan tersebut terdapat sebuah Van berwarna kelabu, Myvi berwarna putih dan sebuah motosikal. Kesemuanya rosak teruk tetapi pemandu dan penumpang terselamat.


Laluan di tutup kepada lalulintas

Kawasan runtuhan dan kelihatan bangkai Myvi putih
 
Bangkai Van

Ngeri
 
 100 meter terputus




Tuesday, 27 November 2012

SUKA DUKA KAYUHAN 21% GUNUNG INAS, NEGERI SEMBILAN

25/11/2012 - Dipaparkan suka duka saya membuat kayuhan mendaki Gunung Inas 21% semasa acara Cyclosportif PD155KM. Inilah kali pertama menolak basikal dalam acara mengayuh basikal, namun terasa bahagia kerana dapat bersama-sama bergembira, gelak ketawa, sakat menyakat, kenal berkenalan dalam akitiviti menolak basikal di GUNUNG INAS 2012.

Masih mengayuh
Menolak selepas tadahan air mineral Gunung Inas

Monday, 26 November 2012

CYCLOPSPORTIF FOCUS BIKE MALAYSIA - PD155KM

25/11/2012 - Membuat kayuhan 155KM dalam acara Cyclopsport 155KM di Port Dickson, Negeri Sembilan.

[EVENT DETAILS :

Cyclosportif Focus Bikes Malaysia 2012, the first of its ‘Big Ride’ in Asia,
welcomes you to the  beach resort of Port Dickson for the launching event for Focus Bikes Malaysia.

You’ve the  options to join us for  a ‘Sportif route’ of 107km that twist and turn around the inland roads of Negeri Sembilan, offering scenic journey of the B roads
or the extended ‘Challenge route’ of 155km peaking towards the inland hills.



The launch event limits the event to 800 participants,
so sign up soon with early bird discounts and online registration discounts!
Cyclosportif Focus  Bikes 2012
Event Date : 25 Nov 2012

Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia

Event Start Location : Tiara Beach Resort]


 Laluan acara kayuhan

Dari kanan : Ibrahim (ayah), Amiruddin 15 tahun (Anak kedua) dan Redzwan 19 Tahun (anak sulong)


Amiruddin dan Redzwan Shah

Mendaki Gunung Inas, Negeri Sembilan




Saturday, 17 November 2012

KAYUHAN TANAH RUNTUH

17/11/2012 - Membuat kayuhan di Genting Peras dan mendapati terdapat tanah runtuh di pertengahan laluan ke puncak Genting Peras.

 
 Tanah runtuh
 



 Tanah runtuh menutup jalan...
 
Sempadan Selangor dan Negeri Sembiln, Malaysia
 
Kawasan hidupan liar 

 Talian Aduan

 

Mee Hailam

ABC

Tuesday, 13 November 2012

HELMET BARU

3/11/2012 -  Muhammad Amiruddin kemalangan jatuh dari basikal Colnago EPS semasa membuat kayuhan di Hulu Langat pada kelajuan 45km sejam. Akibat hentakan kuat, helmet yang dipakai pecah dan beliau dimasukkan ke wad Hospital Ampang.

Ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada yang mengambil berat atas kemalangan ini, terutama kepada Tuan Ismail Putera, Tuan Haji Halil Rahman, Tuan Haji Hamadi Halim, Tuan Doktor Azim, Hazrizal (Ku Komeng), Zulkiflee (UPM) dan yang lain-lain yang tidak disebut namanya dalam blog ini. Keperihatinan anda mengurangkan beban kerisauan yang saya tanggung.
 
Wad Hospital Ampang bersama Abang Longnya

Bersama Tuan Haji Halil Rahman

Tuan Haji Halil dan Tuan Haji Hamadi Halim

Abang Longnya gembira bila doktor umumkan adiknya "SELAMAT"  
 
 
Dua minggu selepas sembuh dari kemalangan tersebut, beliau memerlukan helmet baru....

....sesi pemilihan helmet barunya....






 
 

BRINCHANG, CAMERON HIGHLAND, MALAYSIA

13/11/2012 - Membuat kayuhan Basikal Bukit (Mountain Bike) di kawasan tertinggi Cameron Highland iaitu di kawasan Brinchang. Ketinggian mencecah 1,568 meter dari paras laut dengan grade (gradiant) 95%.
 
Kayuhan menggunakan basikal bukit kerana kawasan Sungai Palas tidak sesuai untuk laluan basikal lumba. Laluan Sungai Palas agak sempit, berliku-liku dan berlopak-lopak juga amat berbahaya semasa berselisih dengan kenderaan besar.
 
Disebab ramai yang tidak sanggup membuat kayuhan di kawasan ini, maka saya membuat kayuhan solo kerana pengayuh lain (mereka) lebih gemar membuat kayuhan di sekitar tanah rata sahaja memandangkan ketinggian kawasan tersebut dalam kemampuan kayuhan mereka.
 
 
 
SJK (T) Ladang Sungai Palas
 

Laluan MTB saya

Ketinggian dan Gradiant
 
Strawberry Cameron Highland

 Pasar Malam Brinchang, Cameron Highland

 
Teh Bharat, Tanah Rata, Cameron

Wednesday, 24 October 2012

STATISTIK SEHINGGA 9 ZULHIJJAH

Terima kasih kepada peminat blog http://ibrahimbasikal.blogspot.com . InsyaAllah saya akan memperincikan lagi data setiap laluan yang terdapat di sekitar Genting Peras, Tekala, Donglai, Titi, Chenna, Kuala Klawang, lenggeng dan Broga . Dengan perincian setiap laluan ini memberi peluang dan persediaan kepada peminat sukan basikal mendapat maklumat awal tentang laluan ini.

Saya amat terharu apabila menerima "facebook messages" bertanyakan maklumat pelbagai data berkaitan Genting Peras, Tekala, Donglai, Titi, Chenna, Kuala Klawang, lenggeng dan Broga. Untuk maklumat lanjut juga peminat sukan basikal boleh mendapat data laluan melalui data kayuhan garmin edge 800 saya di http://www.strava.com (nick Ibrahim Ishak).

Untuk makluman, saya bukan hebat dalam sukan basikal tetapi yang nyata saya amat berminat dengan semua sukan terutama sukan basikal.

Bersama ini dilampirkan catatan "pageviews" blog http://ibrahimbasikal.blogspot.com untuk tatapan semua. Bagi peminat luar negara, terima kasih kerana anda menggunakan "google translater" untuk menterjemahkan maklumat dari blog ini. Teruskan berhubung dengan saya di email:  ibrahim.3g@gmail.com ....


Monday, 22 October 2012

GIANT TCR3 VS COLNAGO EPS DI BUKIT ANTU

20/11/2012 - Bukit Antu terkenal dengan ukuran ketinggian pada bacaan gradian 9.7. Ramai yang hanya mampu mendaki pada kelajuan 4 - 5km sejam dan tidak kurang juga yang menolak basikal untuk sampai ke puncak dan juga tidak kurang yang mengadu sakit pinggang untuk menamat pendakian Bukit Antu ini.

Pendakian Bukit Antu berukuran jarak 2.5 km sahaja. Kedua-dua belah Bukit Antu ini memiliki gradian pendakian pada kiraan 9.7 untuk sampai ke puncak.

Kebiasaannya pengayuh mampu membuat purata kelajuan 23.6km menggunakan laluan berjarak 32km dari Batu 14 - bt.18 - Simpang Peras - Bukit Antu - Bt. 14 dan purata ini akan semakin berkurang sekiranya melalui Tekala kerana bukit Tekala juga tidak kurang hebat tingginya walaupun hanya pada jarak 1 km sahaja.

Berbalik kepada cerita Giant TCR3 Vs Colnago EPS...

Giant TCR3 walaupun dikilangkan di Korea tetapi ternyata memiliki "frame"  yang geometrinya amat sesuai untuk aktiviti mendaki, tanah rata dan kayuhan jarak jauh. Mendaki Bukit Antu dengan Giant TCR3 memang tidak memenatkan dan prestasi menjadi lebih baik.

Colnago EPS mempunyai "saddle/seat tube" yang menegak menjadikan kayuhan mendaki dengan "power transfer" seolah-seolah kita membuat kayuhan secara berdiri dan amat sesuai dipadankan dengan "low profile wheelset".

Lihat kehijauan pada gambar yang kami rakamkan untuk paparan peminat blog  "Jelajah Genting Peras bersama keluarga Ibrahim"




 Colnago EPS

Giant TCR3 

Puncak Bukit Antu

SENAMAN MEMBINA KESIHATAN DIRI

Stamina, kekuatan otot dan kesihatan diri akan bertambah baik dari masa ke semasa apabila kita berusaha membuat latihan demi latihan.

Carta latihan dibawah menunjukkan perubahan prestasi apabila kita terus berusaha dalam latihan secara berdisiplin. Untuk membina disiplin, kita harus menghormati keputusan yang telah kita jadualkan untuk rutin latihan kita. Perancangan latihan tanpa disiplin pemakanan, rehat yang cukup dan berfikiran positif akan menjadi sia-sia.

15 oktober 2012 - larian berbukit bukit sejauh 3.68km, mengambil masa 28:51 saat, tetapi pada 22 Oktober 2012 - larian di kawasan berbukit bukit yang sama pada masa 32:41 minit berjaya menamatkan larian sejauh 4.04km. Ini memaklumkan bahawa badan manusia akan menjadi lebih baik dari segi stamina, otot, kesihatan dan jati diri sekiranya melalui latihan rutin secara berdisplin.



Pemilihan kawan dan bermasyarakat juga membantu membina diri menjadi insan yang berdisplin dan memiliki kesihatan yang positif. Jauhilah pengaruh akohol/arak, merokok dan persekitaran yang kurang sihat. Sekiranya anda mempunyai rakan bertabiat buruk jauhilah mereka sekiranya anda tidak mampu untuk mengubah mereka.

Sunday, 21 October 2012

BUKIT TINJAU - TEKALA - BUKIT TINJAU : 63.1KM

21-10-2012 - Membuat kayuhan Bukit Tinjau - Tekala - Bukit Tinjau sejauh 63.1km, purata kelajuan  pada 25.6km dan  pembakaran kalori sebanyak 1219 cal. Laluan  ini berbukit bukit dan amat sesuai untuk latihan.

Jumlah ketinggian pendakian ialah 487 meter dan jumlah menurun ketinggian ialah 488 meter.

Fikizal route kayuhan
Data kayuhan

Dalam perjalanan pulang singgah bersarapan mee goreng mamak dan Ais Batu Kacang...


Gaul... (senyum)


 Pemandangan sungai

 Masjid Kariah Kampung Jawa, Hulu Langat

 Pemandangan bahagian dalam Masjid Kariah Kampung Jawa