Pada awal ambang Ramadan 31 Julai 2011, kami membuat kayuhan 104km dari batu 14 melalui Batu 18, Kampung Jawa ke Semenyih. Percubaan kayuhan pada 30 Julai 2011 gagal disebabkan hujan renyai-renyai sehingga ke tengahari. Kayuhan pada 30hb Julai terpaksa dibatalkan walaupun kami telah sampai di persimpangan Semenyih di Genting Peras. Pada hari tersebut juga, aku dua kali terjatuh dari basikal akibat gagal menanggalkan "CLEAT" kasut yang tersekat pada pedal. Aduhh...sakitnya bukan kepalang. Bertambah sakit di hati bila melihat "seat" basikal Xmission aku terkoyak teruk.
Selain "seat" koyak, baju pun koyak, kasut Time RXI calar-calar, pedal shimano 105 calar, pembalut handlebar terkoyak dan meter CATEYE Strada rosak. Memang cukup tersiksa rupanya bila jatuh basikal dengan kaki masih terlekat pada pedal basikal.
Kayuhan pada 31 Julai 2011 dimulakan dengan kayuhan memanaskan badan di batu 14 Hulu Langat sejauh 5 km.
Di simpang Peras kami terserempak dengan seorang pengayuh yang tercicir dari kumpulannya akibat pemegang RD Derailleurs patah semasa kayuhan mendaki Genting Peras.
Basikal jenama BH yang patah pemegang RD Derailleurs
Terpancar kekecewaan di wajahnya
Sampah sarap bersepah di atas jalan
Menuruni bukit di kawasan penempatan orang asli empangan Semenyih
(Kelajuan menuruni bukit ini tanpa kayuhan sekitar 65km/j)
Mendaki bukit berdekatan rumah pam air empangan semenyih
Makan dan minum Horlick - Along dan Angah
Sifu (orang lama) memberi petua kayuhan teknik bulatan
Kayuhan pada 31 Julai 2011 dimulakan dengan kayuhan memanaskan badan di batu 14 Hulu Langat sejauh 5 km.
Aktiviti memanaskan badan
Kayuhan 20km pertama mengambil masa dalam 30 minit ke destinasi simpang Genting Peras dan Semenyih.Mendaki di simpang Genting Peras - Semenyih
Di simpang Peras kami terserempak dengan seorang pengayuh yang tercicir dari kumpulannya akibat pemegang RD Derailleurs patah semasa kayuhan mendaki Genting Peras.
Basikal jenama BH yang patah pemegang RD Derailleurs
Terpancar kekecewaan di wajahnya
Selepas bersembang dan membantu rakan tersebut , perjalanan kami tergendala 15 minit kerana terpaksa menukar tiub basikal GIANT TCR3 Compact Road milik Angah yang tiba-tiba bocor.
Tergendala 15 minit
Perjalanan diteruskan menghala ke Semenyih, walaupun terdapat ajakan dari rakan-rakan kayuhan yang lain agar kami mengikut mereka mendaki Genting Peras.
Memanaskan badan semula sebelum mendaki ke Semenyih
Meneruskan kayuhan 6 km lagi ke Sungai TekalaDalam perjalanan ke Sungai Tekala terdapat sampah sarap yang majoritinya adalah kulit durian dibuang semberono di laluan kiri dan kanan jalan tersebut.
Sampah sarap bersepah di atas jalan
Menuruni bukit di kawasan penempatan orang asli empangan Semenyih
(Kelajuan menuruni bukit ini tanpa kayuhan sekitar 65km/j)
Mendaki bukit berdekatan rumah pam air empangan semenyih
Berhenti makan di kawasan rekreasi Sungai Tekala. Nasib lemak di gerai ini terhad "siapa dulu dia dapat"...
Makan dan minum Horlick - Along dan Angah
Sambil makan sambil membanding-bandingkan jenama kasut Time dan Power...
Berkilat dan memancar - mancar
Giant kotor dek hujan