Tuesday, 27 December 2011

KOORDINAT GPS LALUAN KAYUHAN HULU LANGAT

Pekan Batu 14, Hulu Langat N 101 49 1 E 3 6 46
Kuala Pangsun, Hulu Langat N 101 52 38 E 3 12 34
Kampung Jawa Bt 18, Hulu Langat N 101 51 16 E 3 10 2
IKBN Dusun Tua N 101 50 18 E 3 8 4
Batu 21, Sg. Lui N 101 52 59 E 3 6 57
Kampung Sg. Tekali N 101 51 15 E 3 6 34

Sunday, 25 December 2011

POMSON

Pomson terkenal sebagai kawasan tadahan air terbesar di negeri Selangor disamping menjadi tempat perkelahan terkenal bagi masyarakat negeri Selangor. Sekolah Kebangsaan Pomson terletak berdekatan dengan pusat riadah Lubuk Manggis dan merupakan penempatan perkampungan orang asli.





Depan SK Kuala Pamson







GUNUNG NUANG

Gunung Nuang merupakan puncak tertinggi di Negeri Selangor dan menjadi pusat dan tumpuan kepada penggemar sukan mendaki disamping menjadi pusat riadah kepada penggemar sukan basikal bukit. Bagi penggemar sukan basikal lumba terdapat dua bukit yang ketinggiannya agak mencabar.


Pondok daftar
Pondok rehat
Rest...

Pintu masuk kawasan pendakian









Perhatian...


Saturday, 10 December 2011

KUMPULAN HULU LANGAT-BERTEMU KEMBALI

Setelah beberapa bulan , ahli kumpulan basikal hulu langat tidak dapat kayuh bersama atas pelbagai komitmen dalam ahli kumpulan.Setelah bertemu tayar pancit pula.Namun kayuhan tetap selesai di puncak Genting Peras.

bergotong-royong menukar tayar basikal
Yazid ditangkap gambar sebelum menangkap gambar
masih menukar tayar
tolong pam...pleasee......
masuk tak angin ?
puncak Genting Peras
sempadan Negeri Sembilan
bergambar beramai-ramai di sempadan Negeri Sembilan-Jelebu
rumput di Genting Peras

Sunday, 4 December 2011

JUMPA KAWAN-KAWAN

**************************************************************************
RENUNGAN BERSAMA
**************************************************************************
Sejarah sosialnya hidup mesti berkawan. Berkawan mengajar kita erti  sikap terbuka, lapang dada, tenang dan membenarkan adanya perbedaan pendapat. Hikmahnya dari riwayat Al-Baihaqi  dalam hadits  dari Ibnu Abbas berbunyi::

Maksudnya: "Perbedaan di antara sahabatku bagi kamu adalah suatu rahmat. "

Oleh itu, hendaklah sama-sama kita terima dan jangan dijadikan isu sensitif menjurus kepada persengketaan.
**************************************************************************

Bila sampai awal dan tiada rancangan kayuh jarak jauh sebab semalamnya telah menawan Gunung Antu (bukan Bukit Antu) untuk kayuhan sejauh 75km berbukit-bukit semata-mata , kami lepak di simpang tiga menunggu kawan-kawan kayuhan yang lain.

Kami bertindakan sebagai motivator, racun dan pembakar semangat kepada kawan-kawan yang fobia apabila melihat bukit terutama Genting Peras ni. Ada yang hanya kayuh daki Genting Peras tidak sampai 50 meter berpatah balik disamping ada yang hanya sampai simpang tiga dan terus kayuh balik.

Wujud rasa hormat kepada Encik Ramli berbaju merah dan berseluar track suit biasa dalam gambar ni kerana beliau adalah orang baru dan pertama kali  beliau hanya mengayuh basikal besi biasa sahaja. Bulan lepas, saya lihat beliau berjaya menawan Genting Peras dengan hanya mengayuh basikal besi dengan 21 kelajuan sahaja. Hari ni kami lihat beliau menunggang basikal jenama GIANT. Saya tanya "bang...body basikal baru yek"...beliau jawab "abang saya punya...nampak tergantung je saya pakai la".... Betula kata orang  tua-tua "dimana ada usaha disitu ada kejayaan"...



Dari kanan Encik Ramli, Is, Redzwan dan Amiruddin..

 Dah sebulan meter basikal Haji Rosli "lari setting"...jumpa kami tekan...tekan...tekan...tiba-tiba elok lak...


 Bagi sokongan ...tekan-tekan-tekan meter...set semula

 Member tanya...dah ok lom tu...

 Encik Ramli terkejut melihat Otai Is memecut panjat bukit simpang tiga Kg. Jawa - Tekala - Peras...dengan basikal barunya jenama CUBE...

Hormat kepada semangat abang Rosli, sanggup datang dari Shah Alam demi sukan kayuhan. Tapi itula, inila kali pertama mulakan kayuhan sejak cuti kayuh dibulan puasa tempohari. Lamaaaa tu.... bang.

Gaya ahli sukan ...En. Azhar (Ampang) dan En. Rosli (Shah Alam)

Encik Azhar

 En. Azhar



Saturday, 3 December 2011

KAYUHAN LATA KIJANG/KUALA KLAWANG

Kuala Klawang ialah sebuah pekan kecil dalam Negeri Sembilan dan terletak dalam parlimen Jelebu. Laluan jalan lama melalui bt.18 berbukit bukit dan amat sesuai untuk latihan kayuhan basikal. Terdapat laluan berbukit yang terkenal dengan jolokan gunung antu memang ternyata memberi cabaran kepada pengayuh basikal. Namun bagi pengayuh tegar laluan ini adalah laluan latihan kegemaran mereka.

berhenti seketika

bergambar di laluan ke Lata Kijang
bergambar lagi
masih jauh dari kuala klawang
redup sikit
akhirnya kami sampai ke Lata Kijang
bergambar di papan tanda (promote skit)
Kongkoi
maklumat di papan tanda jln
kat situ jugak lagi
Close-Up
dalam kawasan BN jelebu
no comment
papan tanda ke kawasan pedalaman
Lata Kijang

Silau...

wajah kepenatan