Saturday 30 June 2012

KAYUHAN SILATURRAHIM BUKIT HANTU LOOP

30/6/2012 - Kayuhan Silaturrahim bermula jam 8.00 pagi di Dewan Dato' Nazir melalui kawasan Perindustrian Sungai Makau ke Bukit Hantu  kemudian di teruskan ke Bukit Donglai dan Genting Peres. Terdapat tiga penyerta menggunakan basikal gunung iaitu Encik Imran, Halil dan Shukri. Jarak kayuhan adalah sejauh 54km.


Dari kiri - Tuan Haji Madi, Shukri, Imran, Redzwan Shah, Amiruddin Shah, Tuan Haji Nordin, Tuan Haji Halil, Najib dan Ibrahim Ishak (jurufoto)

Peserta baru amatlah digalakkan disamping sebaik mungkin mengekalkan peserta lama. Dengan konsep ini, kita dapat membina rangkai rakan-rakan dan ukhuwah di Malaysia.

SEJENAK....Syabas....anda berjaya mendaki Genting Peres...





Tuan Haji Halil sedang membantu Encik Imran....


Taklimat ...

Bergambar beramai-ramai....






"Regroup" di puncak Bukit Antu....

Peloton pertama
Pengayuh berjersi "Malaysia" di tarik mendaki oleh "support car"












Regroup di simpang peres...




Sampai di puncak Genting Peres....













Bersarapan di Gerai Laksa Buyung....ABC,Mee Mamak dan Mee Udang...sedap











Sunday 17 June 2012

KAYUHAN MENEMANI TUAN-TUAN HAJI MENAWAN BUKIT ANTU DAN PERES

Ahad 17/6/12 - Kami menemani tuan-tuan haji menawan bukit Antu dan Peres. Bermula jam 7.30 pg bertolak dari bt 14 menghala ke kawasan perindustrian sg.makau-titiwangsa-tekali-bukit hantu-bukit donglai-genting peres-bt 18-bt 14. Suasana pagi nyaman sejuk berkabus dan udara segar membuatkan kayuhan menjadi ceria.

Bukit Antu mempunyai kecerunan pendakian melebihi 45 darjah dengan jarak pendakian sejauh 4 km. Sebahagian pengayuh hanya mampu mengayuh pada kelajuan 5 - 7 km sejam. Di sini ramai yang membuat fakta bahawa menggunakan "groupset compact" adalah lebih mudah berbanding penggunaan "groupset standard". Namun pada pemerhatian saya, ramai yang menggunakan "groupset compact" tercicir dan tidak kurang ramai yang menolak semasa aktiviti mendaki bukit Antu.

Saya suka memetik beberapa pendapat pengayuh kebangsaan yang telah bersara menyatakan bahawa peralatan hanya membantu 30% sahaja dan selebihnya adalah kudrat dari individu pengayuh sendiri. Sekiranya fizikal kita sihat, mantap dan membuat latihan mengikut disiplin maka Bukit Antu bukanlah satu beban semasa mendaki.

Berkumpul di puncak Bukit Antu...

Ibrahim, Tuan Haji Madi... 

Redzwan Shah, Ibrahim, Tuan Haji Madi

Tuan Haji Madi dan Tuan Haji Halil

Berkumpul semula dengan kumpulan pengayuh dari bt. 18 di simpang Genting Peres sebab bukan semua pengayuh sanggup mendaki bukit Antu...




Berkumpul semula di puncak Genting Peres....

 Amiruddin Shah, Zamri, Redzwan Shah
 Bersama Encik Zamri dari Kumpulan Bianchi





Tuan Haji Madi menyampaikan sesuatu...