Sunday 27 May 2012

SELAMAT DATANG UMNO BAHAGIAN JELEBU

Papan tanda SELAMAT DATANG UMNO BAHAGIAN JELEBU adalah terlalu sinonim dengan puncak Genting Peres kerana terletak  tepat di garis pusat pertemuan antara Genting Peres dan Bukit Titi. Menjadi pusat pertemuan peminat sukan kayuh basikal untuk bertukar pandangan dan pendapat.  Tempat pertemuan peminat sukan basikal golongan muda dengan Junior veteran dan senior veteran.

Genting Peres terletak bersempadanan antara Hulu Langat, Selangor dengan Jelebu, Negeri Sembilan. Mempunyai ketinggian melebihi 500 kaki dari paras laut dan merupakan laluan Letour de Langkawi. Kawasan persekitaran Genting Peres menjadi kawasan latihan peminat sukan basikal kerana bentuk muka buminya yang pelbagai dan sesuai untuk membina stamina, otot dan jati diri individu pengayuh.

Bukan niat untuk membanggakan ketinggian 500 kaki dari paras laut ini kepada pembaca, tetapi inilah hakikat ketinggiannya yang menjadi kegemaran penggemar sukan basikal. Pada penggemar sukan basikal yang ingin merasai fizikal Genting Peres di jemputlah hadir untuk menikmatinya. Kawasan Hulu Langat adalah kawasan perangin juga pelancungan maka penginapan bukanlah satu masalah. Banyak disediakan homestay di kawasan persekitarannya. Untuk bantuan dan maklumat sila email GDM'Langat di:  tokpenghuluperez@gmail.com.

Selamat Datang UMNO Bahagian Jelebu
(Ibrahim Ishak)


 Sedondong


 Bianchi Oltre


(Dari kiri)  Amir, Redzwan dan Encik Halil


(Dari kiri) Redzwan, Kadir (Sifu) dan Amir di Gerai Laksa Buyung

Saturday 26 May 2012

KAYUHAN PUTRAJAYA (P14) - CYBER -JENDERAM-LIMAU MANIS-ALAMANDA-PUTRAJAYA (P14) :- 80KM

Jenderam terletak di mukim Dengkil dalam daerah Sepang , Selangor. Jenderam terdiri dari kampung Jenderam Hilir dan Kampung Jenderam Hulu termasuk dalam kawasan Jenderam. Jalan raya Jenderam berbukit bukau dan amat sesuai untuk latihan kayuhan basikal. Sesiapa yang belum mencuba...eloklah mencuba

Gambar laluan kayuhan tidak dapat dipaparkan kerana penulis blog sibuk layan derita sakit belakang kerana "setting" basikal baru yang tidak tepat. Bayangkan derita mengayuh dengan sakit belakang di laluan P14-cyber-salak-jenderam-Limau manis-alamanda- P14 sekitar jarak 80km.

Sesungguhnya hilang taring Penghulu Peres pada kayuhan ini. Beza 10mm pada stem mengundang bahana sakit pinggang, yang mana kayuh berdiri pun sakit, kayuh duduk pun sakit, turun bukit pun sakit....last2 kayuh duduk atas palang sahaja lah.

Nasihat saya, sekiranya anda baru membeli basikal baru, jangan terus membuat kayuhan jarak jauh sebelum anda betul-betul pasti "setting" basikal tersebut 100% menepati fizikal anda.

P14

Sangat ringan
Panaskan badan




Gambar berkumpulan sebelum memulakan kayuhan
Muda-muda diaorang ni...

Makan di restoran Haji Tapah presint 14 putrajaya

Sunday 20 May 2012

LATIHAN KAYUH BATU 14- GENTING PERES - LATA KIJANG

20/05/2012 - Membuat latihan intensif dari batu 14 menghala ke Kampun Poum, Kuala Klawang sejauh lebih kurang 80km. Kayuhan ini melalui laluan bt.14-bt.18-Kg. Jawa-Genting Peres - Bukit Titi - Bukit Ular - Kampung Poum dan patah balik melalui laluan yang sama.

Sebenarnya, laluan ini bukanlah satu laluan yang mudah kerana terpaksa menempuh pendakian Genting Peres sejauh 11.5km dari Simpang Peres dan mendaki bukit Titi sejauh 13.5km  disamping terpaksa mendaki bukit ular yang landai sejauh 6km.

Memilih laluan sukar ini bertujuan untuk membina kekuatan mental, stamina, maskular, kardiovaskular dan semangat jati diri. Dengan melalui laluan sukar ini,  kita dapat membuat pengukuran kemampuan diri dalam pertandingan yang bakal kita hadapai nanti.

Laluan sekitar Kampung Jawa




Mendaki Bukit simpang kaki Genting Peres

"Off saddle" di perlukan (Amiruddin Shah)


Redzwan Shah

Berkumpul bersama rakan kayuh yang lain


(kiri) Amiruddin, Tuan Haji Amran dan Redzwan Shah


Uncle Bianchi

Tuan Haji Madi dan rakan-rakannya


Puncak Genting Peres


"Off Saddle" (Amiruddin Shah)




"Off Saddle" (Redzwan Shah)


Kampung Poum / Kampung Cennah



Lembu???...

Bukit Ular

Adik (Amiruddin Shah - hadapan)  dan abang (Redzwan Shah - Belakang)

Latihan Peloton mendaki Bukit Ular...



Kawasan Lata Kijang

Kaki Bukit Titi (13.5km)


Bukit Titi (13.5km)


Tak off "saddle" - tak naik




Bukan senang nak sampai puncak Bukit Titi (akhir 4.5km mendaki tanpa henti)

Puncak Bukit Titi juga Puncak Genting Peres