Friday 30 March 2012

KAYUHAN JUMAAT MALAM SABTU PUTRAJAYA

30/3/2012 - Membuat kayuhan Jumaat malam Sabtu di Putrajaya bersama group Rangka Rider@GSM. Terdiri dari 6 orang dalam satu kumpulan. Kayuhan dijadualkan pada jam 9.15 malam dan tamat sekitar jam 11.30 malam pada jarak 42.5km. Kumpulan terpaksa membuat kayuhan santai di kawasan laluan menhala ke PICC kerana mematuhi lampu isyarat. Pengayuh tegar ini terdiri daripada :

 Shamruliswami@Abah

 Kamarul@Kingmarol

 Syamsul@Busu

 Ismail Putera@Abang Kacak

 Amiruddin Shah

 Ibrahim@Penghulu Peres

Mengambil laluan Masjid Putera - PICC - Bukit Banggang - Cycberjaya - PICC - Masjid Putera. Laluan agak bagus untuk latihan kerana bentuk fizikal laluan yang pelbagai.

Re group dan sambil bergurau senda dengan Busu

 Pemandangan

 Cerita pasal basikal...

 Nak sambung kayuh....


Pemandangan semasa "re group" di Bukit Banggang.....

Re group di puncak Bukit Bangang

Tetap berehat di atas basikal mahalnyer....

Tetap bersama basikalnya...

Sekitar kawasan Cyberjaya....


 Bawah Jambatan Cyberjaya  (re group)

 5 dari 6 orang...

 Juga 5 dari 6 orang...






Wednesday 28 March 2012

KAYUHAN PUTRAJAYA

28/3/2012 (Rabu) - Jam 9.00 malam kami berkumpul di hadapan PICC, tetapi kayuhan tidak mengikut jadual asal iaitu  9.30pm kerana terpaksa menunggul satu kumpulan  yang terbabas meletak kenderaan di hadapan Masjid Putra.

Kesemuanya 8 orang berkumpul di hadapan PICC dan mereka ini sebahagiannya berstatus "Century Riders" yang berjaya menghabiskan jarak kayuhan 160km.

8 orang berkumpul di hadapan PICC. (penulis blog - no. 3 dari kanan)


Lebih kurang jam 9.45pm, satu lagi kumpulan yang terbabas meletak kenderaan di hadapan Masjid Putra pun sampai dan bergambar semula. Kesemuanya seramai 15 orang terdiri dari satu pengayuh mountain bike dan seorang pengayuh wanita.


15 orang


Laluan kayuhan  bermula dari PICC melalui lebuhraya bersebelahan Alamanda - Cycberjaya - PICC. Fizikal laluan adalah pelbagai iaitu laluan rata dan berbukit-bukit. Bagi pengayuh yang kurang latihan dan stamina mungkin merupakan satu laluan yang agak memberi cabaran kepada fizikal dan mental. Antara laluan yang memberi cabaran ialah laluan yang dikenali sebagai "bukit bangang" dikalangan pengayuh Putrajaya di mana laluannya mendaki dan landai sejauh lebih kurang 1 km.


Bukit Bangang di belakang.
Berkumpul menunggu kumpulan yang tercicir semasa mendaki


Senjata rahsia Wheelset Durace

Mountain bike rider - Yukhairi

Antara Power Riders dalam GSM

Bincang - kelemahan & kekuatan

Masih "steady" selepas mendaki Bukit Bangang

Bergambar di laluan Cyberjaya

Sunday 25 March 2012

FLORA DAN FAUNA GENTING PERES - I

Mac 2012 - Semasa berehat-rehat di puncak Genting Peres saya mengambil kesempatan meneroka flora dan fauna di puncak Genting Peres. Berbekalkan "compact camera" saya merakamkan gambar yang berada di hadapan mata memandangkan suatu ketika nanti semua ini akan hilang di mata akibat kerakusan manusia membina tamadun yang tidak seimbang.

Senduduk 

 Orkid Liar

Buah Senduduk...manis dimakan

 Semalu

Pepatong

Jernih

BABY ON BOARD

25/3/2012 (Ahad) - Berpeluang bertemu dengan rakan kayuh dari Kanada iaitu Mr. Scott. Saya mengenali beliau 2 setahun yang lalu semasa beliau mengayuh basikal bersama isteri beliau di Genting Peres. Beliau seorang yang baik, pandai mengambil hati kawan-kawan, tidak banyak bercakap dan mempunyai stamina yang tinggi dalam kayuhan.

Tiba-tiba beberapa beberapa bulan yang lalu saya lihat dia mengayuh basikal secara solo. Rupa-rupanya isteri beliau baru melahirkan anak. Atas faktor anaknya yang masih kecil beliau sentiasa tergesa-gesa mengayuh basikal untuk segera pulang mengambil giliran menjaga anaknya.

Semalam di tempat letak kereta semasa hendak mengayuh saya melihat beliau membuat persiapan mengayuh dengan anak kecil beliau. Beliau memaklumkan bahawa isteri beliau memang tidak dapat bersabar lagi untuk menyertai sukan kayuh basikal dan sebagai penyelesaiannya ialah beliau membeli kereta sorong untuk ditarik oleh basikal.

Maka saya pun sibuklah merakamkan gambar peralatan tersebut. Inilah peralatan tersebut.

Baby on board - Australia

Setting...
Masih semak mana patut...
Mr. Scott dan di belakangnya ialah Amiruddin dan Redzwan Shah

Penyayang...
Nampak baby di dalam...

Isteri Scott bersedia menarik kereta baby


PRO HANDLEBAR COMPOSITE CARBON

25/3/2012 (Ahad) - Kami menjalani latihan kayuhan basikal dari Bt. 18 - Puncak Peres. Sebagai persiapan pada hari Sabtu 24/3/2012 singgah di Roda Link untuk membeli Pro Handlebar Composite Carbon kerana handlebar yang sedia ada telah rosak. Sebenarnya pembelian Pro Handlebar Composite Carbon adalah atas ehsan seorang rakan yang beria-ria untuk menderma kepada saya atas harga RM405.00. (Alhamdulillah...saya bersyukur).

Pro Handlebar Composite Carbon

Berat Pro Handlebar Composite Carbon ini adalah 270g sahaja berbanding berat handlebar sedia ada iaitu 350g. Secara tidak lansung dapat mengurangkan 80g pada basikal ini. Untuk mengurangkan kos, saya memasang sendiri Pro Handlebar Composite Carbon ini di rumah. Tidaklah susah sangat memasangnya, cuma selepas memasangnya FD perlu di laras semula kerana apabila menggunakan "chairing" 39T rantai bergesel dan mengeluarkan bunyi.

Lekuk pada drobbar Pro Handlebar Composite Carbon ini cukup selesa apabila digunakan untuk "sprint". Pada keadaan angin yang kuat saya boleh memecut pada 39km/j untuk jarak 2.5km dengan menggunakan drobbar tersebut.

Bar tengah agak selesa di gunakan semasa mendaki Genting Peres. Saya mampu memecut 18 - 20 km/j semasa mendaki Genting Peres menggunakan "Chairing" 53T. Walaupun kenyataannya berat tetapi kayuhan agak lancar.

Untuk pengetahuan pembaca sekelian, saya menggunakan GIANT TCR3 dengan Crankset Truvative 53/39T dengan kelajuan 8 gear. "Groupset" ini menjanjikan nikmat kayuhan yang tiada lansung gear rehat untuk pengayuhnya. Mengayuh "groupset" ini umpama membawa pacuan 4 roda yang mana gearnya begitu berkuasa untuk menggerakkan basikal tersebut, cuma bergantung kepada stamina pengayuh untuk mengayuhnya.

Untuk makluman pembaca sekelian, "groupset" ini tidak sesuai untuk mendaki kerana ia terlalu berat tetapi ianya amat sesuai untuk kayuhan tanah rata dan pecut. Tetapi saya tidak kisah ketika rakan lain memotong semasa mendaki dengan groupset compact mereka, kerana memang tujuan saya untuk menggunakan groupset "standard" untuk membina otot paha, kaki dan pinggang.

Saya percaya sekiranya kita diberi basikal "high end" dan berat 6.43kg, seperti yang mereka gunakan, kita juga mampu untuk memecut sekitar 30km/j semasa mendaki Genting Peres, malah mungkin lebih hebat dan laju dari mereka kerana latihan kita menggunakan basikal yang jumlah berat keseluruhan termasuk 2 botol air kapasiti 750ml ialah 11kg, perbezaan berat 4.57kg.

 Sempadan Selangor - Jelebu Negeri Sembilan

Dibelakang adalah Bukit Titi sejauh 13km dan di hadapan ialah Genting Peres sejauh 12km
kedua-dua bukit ini adalah 500 meter dari paras laut...

Monday 19 March 2012

TOLONG MENOLONG DAN BANTU MEMBANTU

10/3/2012 (Sabtu) - Bertemu dengan satu kumpulan basikal menghala ke Broga dari laluan Bt.14 - Bukit Antu - Broga. Dari soalan saya kumpulan ini datang dari Shah Alam, Selangor. Untuk mengeratkan silaturahim saya menemani salah seorang pengayuh bernama Hisham dan beliau memaklumkan 2 orang telah menuruni Bukit Titi dan 2 orang lagi sedang mendaki Genting Peres.

Selepas memberi sedikit tip, beliau menuruni Bukit Titi untuk bersama 2 rakannya di hadapan dan tidak berapa lama kemudian seorang rakannya pun sampai meninggalkan rakan seorang lagi dibelakangnya. Tiba mendapat panggilan telefon menyatakan rakannya kemalangan. Rakannya bergesel dengan pacuan 4 roda di pertengahan mendaki Genting Peres. Kami menuruni Genting Peres bersama "Support Car" mereka untuk membantu. Rakannya hanya mendapat luka kecil di badan dan membuat keputusan untuk meneruskan kayuhan. Tetapi untuk ketika itu dinasihatkan mereka mengejar rakan-rakan dihadapan dengan menaiki lori "pick up" yang bertindak menjadi support car tersebut.

Pemandu "support car" mereka pula memaklumkan mendapat panggilan untuk membantu satu kumpulan 7 orang basikal Avanti yang salah seorangnya telah terlibat dengan kemalangan semasa menuruni Bukit Titi. Sebuah kereta lagi terpaksa diminta datang membantu kumpulan Avanti tersebut.

 Hisham (baju kelabu atas basikal)

(Kiri) ...Hisham, Amiruddin dan Ustaz
Hisham menuruni Bukit Titi menghala ke Broga

KECANTIKAN ALAM SEKITAR DI SEKITAR PERES

Bersama ini dirakamkan beberapa gambar alam semulajadi di sekitar peres untuk tatapan peminat ibrahimbasikal.blogspot.com atau GMD'Langat. Sementara masih ada hayat dan kesihatan, maka anda peminat sekelian dijemput untuk datang dan menikmatinya sendiri. Hubungi saya kalau perlukan penunjuk jalan...PERCUMA.