Sunday 26 February 2012

PERES 26 FEBRUARI 2012

26/2/2012 - Mendaki Peres bersama Encik Zam yang baru 3 hari mencebur diri dalam bidang sukan basikal. Beliau mengguna basikal jenama MARIN dengan 9 kelajuan. Purata kelajuan beliau sekitar 7 km/j semasa mendaki Peres. Saya menemani beliau sehingga ke puncak Peres bersama lontaran kata-kata pujukan dan motivasi. Akhirnya beliau terkejut kerana berjaya mendaki Genting Peres tanpa berhenti kerana berkat mengamalkan teknik berehat semasa membuat kayuhan yang saya ajar kepada beliau. Di Puncak Genting Peres kami bertemu dengan rakan kayuh basikal yang telah sedia menunggu.


Dari kiri : Arif, Redzwan Shah, Amiruddin Shah, Ramli dan Zam





Encik Harif

Encik Ramli

Encik Zam

Encik Amiruddin Shah

Encik Redzwan Shah


Saturday 11 February 2012

KAYUHAN BERSAMA ISMAIL PUTERA

11/2/2012- Membuat kayuhan bersama-sama rakan kayuh baru dari Bt-18 - Kampung Jawa - Genting Peras - Tekala - Bt-18. Kayuhan bermula pada pukul 8.00 Pagi dan berakhir pada pukul 11.30 Pagi. Jarak kayuhan ialah 64 km.